Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Sunday, 26 August 2012

Pendiam...

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak bercerita tentang diri aku yg pendiam, sebenarnya dulu aku pendiam sekarang kadang-kadang saja. Sekarang aku hanya jadi pendiam bila aku ada masalah. Kalau dulu, anytime dan anywhere mesti diam, just kadang-kadang saja aku banyak cakap.
Ramai yg cakap orang yg pendiam ni tak ramai kawan dan orang yg pendiam selalu akan dilabelkan sebagai budak 'nerd' atau 'skema', betul ke? Ada juga yg cakap, orang pendiam sangat boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Orang yg pendiam sukar untuk dikenal pasti kelemahannya dan sama ada si pendiam itu bijak atau tidak. Nak tahu apa jawapan dari aku yg merupakan bekas pendiam?
Dulu ramai budak cakap aku tak ada kawan. Bukannya aku tak ada kawan cuma aku yg tak mahu bergaul. Ada seorang budak perempuan sama sekolah menengah dgn aku cakap yg aku ni pendiam tahap melampau. Sebabnya, dia bercakap panjang lebar sehingga boleh buat novel tapi aku hanya jawab pendek saja.
Kalau pasal skema, tak semua orang pendiam adalah skema. Ada yg cakap skema ni pendiam, pakai cermin mata, bawa buku ke mana-mana saja. Habis tu kalau orang bijak yg bawa buku ke mana-mana pun nak cakap dia skema ke? Orang pakai cermin mata skema ke? Orang pendiam tapi tak pakai cermin mata dan tak bawa buku ke mana-mana pun skema ke? Carilah jawapan sendiri.
Kalau simpan rahsia pula hanya ada sesetengah orang pendiam saja yg boleh dipercayai. Sebab mulut manusia semuanya sama saja, memang tak boleh nak control. Walaupun kawan dia cakap 'Janji jgn bagi tahu orang', budak pendiam ni pun layan sajalah. Tapi dalam diam-diam dia bagi tahu kawan dia.
Pendiam ni bijak ke tak ek? Meh sini aku kongsikan satu cerita. Aku ada kawan yg bernama Mubshira. Aku tak pasti bila tapi yg aku pasti tahun ni iaitu 2012 dia cerita pada aku yg masa form 1 dia dan seorang lagi kawan aku yg bernama Asmaa fikir aku ni seorang yg bijak sebab aku pendiam dan aku selalu baca buku. Tapi bila form 2 Mubshira dan Asmaa kelas ke 4 manakala aku kelas ke 5 dari 10 kelas. Maksudnya, walaupun seseorang itu pendiam dan selalu baca buku, tak semestinya dia adalah orang yg bijak. Dalam belajar kita perlukan kawan untuk menolong kita dalam apa-apa subjek yg kita tak tahu. Kalau orang yg pendiam, dia hanya bergantung kepada buku dan cikgu saja.
Masa aku sekolah rendah hingga form 2, aku adalah seorang yg pendiam. Tapi sejak aku mengenali kawan yg bernama Asmaa, Hazirah dan Syahrul, aku bukan lagi seorang yg pendiam. Aku tak salahkan dia orang pun kalau aku bukannya lagi seorang pendiam.
By the way, I really miss to be silent again. Susah untuk kembali jadi pendiam kecuali bila aku sudah belajar di tempat lain dan mengenali orang baru. Mungkin aku boleh mula jadi pendiam semula dgn cara tu.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Saturday, 25 August 2012

Bilik Aku...

Assalamualaikum...
Ada orang yg ada sejarah bilik tidur dan ada yg tak ada. Aku sudah tentulah ada sejarah bilik tidur. Nak tahu apa sejarahnya? Sebenarnya bilik perempuan cuma ada satu sahaja yg memiliki sebuah katil double. Perempuan hanya ada 3 orang sahaja dan dulu badan kami bertiga kecil saja, jadi katil double memang muat untuk kami bertiga.
2 orang kakak aku sekolah asrama, jadi aku tidur seorang saja dalam bilik tu. Well, masa kecil aku ni agak penakut sikit, biasalah takut akan hantu. Jadi aku lebih rela tidur di ruang tamu dari tidur di dalam bilik. Tapikan, walaupun kakak aku balik rumah, aku tetap tak tidur di dalam bilik. Mahu tahu kenapa?
Biasanya kita akan mula tidak suka tidur sebilik dengan adik-beradik bila kita darjah 5 atau 6 ke atas, tapi aku darjah 1 atau 2 sudah mula tidak suka tidur sebilik. Tak tahulah kenapa. Adalah juga tidur dengan kakak beberapa kali, itu pun dipaksa oleh my mom.
Aku dapat idea nak cerita pasal bilik aku ni dari Nabella, kawan aku. Actually dia tak suruh pun aku tulis pasal bilik aku di blog tapi hari semalam dia datang beraya datang di rumah aku, ada Anati dan Ailin juga. Well, dia cakap nak tour rumah saya, jadi saya pun bawalah sampai ke dapur tapi bilik atas aku tak benarkan. Aku cakaplah, bilik aku dilarang masuk, dia pun cakap dia pun tak bagi orang lain masuk bilik dia. Baiklah, disebabkan aku tak bagi masuk jadi aku akan ceritakan tentang bilik aku beserta dengan gambar.
Bilik aku tak besar dan tak kecil, kiranya cukuplah untuk aku seorang. Gambar yg aku nak share ni aku ambil lebih kurang setengah jam yg lepas sebelum membuka blog. Dan untuk mengetahuan korang gambar bilik aku ni baru saja aku kemas, cantik lagi. Bagi aku cantik dan bersih tapi korang I don't know.
Masuk saja bilik aku, inilah pemandangannya, almari sebagai dinding. Nampak tak warna putih tu? Nak tahu apa, jom kita siasat.
Inilah dia, nama aku. Aku sendiri yg buat, I mean, aku tulis bukan type guna komputer.
Inilah jalan untuk masuk ke dalam bilik aku. Mungkin korang rasa sempit, tapi bagi aku yg kurus ni, itu sudah cukup muat untuk aku.
 Untuk pengetahuan korang, bilik aku tak ada pintu.
 Inilah tempat aku berselok. Aku hanya perlukan minyak rambut, sikat, penyepit rambut dan pengikat rambut.
Ini bilik kakak aku. Maaflah tiada gambar dalam bilik sebab ni bilik kakak aku dan yg pastinya bilik kakak aku lebih cantik dari bilik aku.
 Inilah dia katil aku. Hijau, purple dan ditemani oleh teddy bear dan domo yg diberi oleh Nur Anati Zafirah Binti Azmi.
 Ini meja study saya.
 Sakit hati dengan kipas ni sebab slow. Aku sudah buat permohonan pada ayah aku untuk memiliki sebuah kipas dinding, tapi tak tahulah.
 2 buah buku Twilight, patutnya 4 buah tapi 2 buah lagi di pinjam oleh kawan aku. Ada gitar elektrik dan raket badminton.
 Ni handbag aku. Biasanya aku pakai setiap kali aku pakai baju kurung.
Pingat dan kalender yg bersebelahan dgn kipas.

Sebenarnya, bilik aku ni memang sudah lama ada tapi sebelum ni bilik ni hanya ada meja study dan almari merah tadi. Ada banyak ruang kosong di tengah-tengah bilik ni, jadi dapat la kita orang bermain-main.
Idea untuk buat bilik untuk aku ni dari my mom sebab tak mahu aku tidur di ruang tamu. Mana tidaknya, umur sudah 14 tahun pun masih tidur di ruang tamu. Awalnya ayah aku tak setuju, tapi setelah dipujuk oleh my mom, ayah aku pun setujulah, aku pula tak kisah. Kiranya masa aku form 2, baru aku ada bilik sendiri, sebelum ni tidur di ruang tamu saja.
Baiklah, itu saja cerita tentang bilik tidur aku. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Friday, 24 August 2012

Mimpi, sambungan kepada berangan...

Assalamualaikum...
Mesti korang tak faham dengan tajuk post aku kali ini. Relax, relax. Let me explain, sebelum ini aku pernah tulis dalam blog yg aku pernah berangan di sekolah. Baiklah, saya rasa korang confused. Okay, senang cerita korang click here.
Baiklah, apa yg berlaku ialah pada bulan lepas aku tidur seperti biasa pukul 10 malam. Aku telah bermimpi sesuatu yg aneh dan agak menyeramkan bagi aku. Sebenarnya tak seram tapi bagi aku ianya menyeramkan. Nanti korang akan faham apa maksud aku dengan seram.
Well, aku berangan main gitar di atas pentas. Itu apa yg aku berangan, tapi sambungan kepada berangan aku tu berlaku dalam mimpi. Cikgu yg kejam iaitu Lee Bee Leng, cikgu akaun dan guru kelas aku, aku panggil dia belimbing. Nak tahu apa yg berlaku? Well, dalam berangan dan mimpi tu suara aku merdu tapi suara aku yg sebenarnya tak merdu, suara aku pecah. Macam lelakilah pula.
Dalam mimpi tu belimbing tahu yg suara aku merdu, macam Shila Amzah gitu. Lepas tu dalam mimpi tu juga dia tahu aku pandai main gitar tapi hakikatnya aku tak pandai. Belimbing pun suruh aku bawa gitar setiap kali ada waktu dia, maksudnya Rabu dan Jumaat. Awalnya, aku tak faham kenapa dia suruh aku bawa gitar tapi aku layankan saja.
Hari yg ada waktu dia, aku pun bawalah gitar. Budak-budak pun beramai-ramai datang dekat aku sebab nak tengok gitar, nak main dan dia orang suruh aku main tapi aku tak mahu. Bila belimbing masuk saja kelas, dia cakap nak tengok gitar, aku pun pergilah ke depan dan bagilah dia tengok. Rupa-rupanya dia suruh aku menyanyi di depan kelas. OMG! Belimbing are you serious?
Awalnya aku tak mahu tapi setelah dipaksa, terpaksalah aku menyanyi.  Aku kena menyanyi sambil main gitar  setiap kali ada waktu dia. Hari tak ada waktu dia tak perlulah. Macam-macamlah lagu yg aku nyanyi, setiap kali waktu dia satu lagu. Tapi yg bestnya, Shao Min pun ada juga. Sebelum ni aku pernah cakap bila aku dengar lagu Shila Amzah yg bertajuk Sedar aku akan teringat akan Shao Min.
Dia datang kelas aku nak jumpa mak dia belimbing. Masa tu aku belum mula nyanyi lagi, well, Shao Min cakap dengan mak dia yg dia nak dengar aku nyanyi. Jadi aku pun nyanyilah lagu Sedar dari Shila Amzah. Actually, dia datang kelas aku ada tujuan lain bukan sebab aku. Masa dia datang kelas aku tu, masa tulah dia tahu adalah penghibur dalam kelas. Lepas tu aku cakap dengan belimbing, one more song please. Tiba-tiba aku minta.
Nak tahu lagu apa aku nyanyi? Korang kenal Cody Simpson tak? Umur dia mungkin sama dengan Justin Bieber. Well, Cody ada sebuah lagu yg bertajuk On My Mind. Aku suka video dia, cara dia pikat perempuan tu memang terbaiklah. Kiranya, aku nyanyi dua buah lagu untuk Shao Min, tapi dia tak tahu pun yg 2 buah lagu tu aku nyanyikan khas untuk dia. Dia pun seronok saja melayan aku menyanyi.
Apa yg menyeramkannya ialah belimbing senyum saja setiap kali aku menyanyi. Bila tengok dia senyum atau ketawa memang menyeramkan. Lagi satu aku kena nyanyi sampai akhir tahun. Oh man, 4-5 bulan juga tu.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Thursday, 23 August 2012

Ng Shao Min

Assalamualaikum...
Sudah lama tak upadate blog ni. Bukan tak update saja, malah tak buka. Maklumlah sibuk beraya mengumpul duit. Sebenarnya nak melawat saja tapi orang sudah bagi, terima sajalah. Bila sudah besar ni tak banyak duit dapat kumpul sebab dulu-dulu pergi beraya sakan, entah rumah siapa beraya sajalah. Sekarang ni malu nak buat macam tu.
Berbalik kepada tajuk asal cerita saya ni, saya pasti korang mesti sudah bosan tengok nama Ng Shao Min. Janganlah bosan atau bengang tengok nama dia, sesungguhnya mestilah aku ada cerita yg ingin aku kongsikan. Macam biasa rambut dia. Dulu saya pernah cakap yg dia sudah ikat rambut. Well, sebenarnya sejak pertama kali aku nampak dia ikat rambut, aku sudah terfikir untuk tuliskan cerita dia ikat rambut dengan tajuk post nama dia dan aku juga menunggu dia masukkan gambar dia ikat rambut dalam facebook. Akhirnya penantian aku tidak sia-sia. I think semalam atau hari ini dia masukkan gambar dia ikat rambut tu.

Mula-mula, aku nak korang tengok muka, rambut dan subang dia. Ketiga-tiganya cukup perfect bagi aku. Rambut aku sudah panjang sedikit dan aku telah berjaya untuk buat rambut macam ni, malah boleh buat macam telinga kiri dia tu, cuma bezanya aku tak ada subang.
Tengoklah, muka comel, rambut smart dan subang nampak sebelah saja. Ianya boleh membuatkan aku terliur. Walaupun aku sudah boleh buat rambut macam dia tapi aku tak mahu buat sebab aku bengang dia ikat rambut dia.
Okay, now, saya nak korang tengok rambut, muka dan subang. Walaupun muka dia nampak sebelah saja tapi percayalah pada aku yg muka dia tak nampak seperti gambar di atas tadi. Rambut dia yg smart sudah hilang kelayakan untuk dikatakan smart. Subang dia nampak di telinga kanan dan kiri.
Seriously aku tak suka. Mungkin dia tak kisah sama ada aku suka atau tak, tapi aku tak peduli, aku nak ambil kisah juga pasal rambut dia. Tentang pakaian dia, abaikan, saya tahu ianya seksi.

Sekarang ni dia form 5, tahun depan dia sudah tidak belajar di hwa lian lagi. Huh, sedih tu memang sedih, tapi nasib baiklah dia ikat rambut, sekurang-kurangnya aku boleh belajar untuk melupakan rambut dia. Kalaulah dia tak ikat rambut sampai habis sekolah, mesti susah bagi aku untuk melupakan rambut dia.
Ayat aku ni macam untuk pasangan couple. Hehe, jangan salah sangka, rambut saja yg aku suka, bukan orangnya.

Friday, 17 August 2012

Busy....

Assalamualaikum....
Hari ini saya agak sibuk, well macam-macamlah persiapan raya. Buat kuih dan entahlah. Agak letih tapi yang pastinya antara aku dan kakak aku sepastinya kakak yang paling penat. Hahaha, aku ni kalau di dapur tak terlalu berfungsi.
Mula-mula pagi lebih kurang pukul 7 lebih hampir pukul 8, aku bangun dan merayau sana sini di dalam rumah sebab tak tahu nak buat apa. Tak ada sesiapa pun yang kejut, aku sendiri yang bangun. Then aku masuk dalam bilik mak aku, my mom tanya, awak tak ada apa-apa kerja kan? Well, aku jawablah tak ada. My mom suruh aku masukkan duit dalam sampul duit raya.
Sudah habis tu, aku tak ada apa-apa nak buat. Aku pun buatlah kerja biology, nak kena hantar lepas buka sekolah. Aku buat sampai pukul 10.30 pagi then aku keluar bilik untuk cari kerja kosong. Aku nak cari kerja yg best tapi my mom suruh basuh pinggan. Tak best, tapi nasib baik sikit saja.  Lepas tu aku kena basuh ayam. Sudah habis tu, aku cari lagi tapi macam tak sesuai saja dengan aku. Kakak aku buat kek, tapi itu bukan kemahiran aku. Aku hanya mampu menonton saja. Jadi aku ke ruang tamu, aku online, menonton TV.
Around pukul 12, aku masukkan tapai yg di buat oleh my mom ke dalam bekas kecil. Sebelum ni pun aku sudah pernah buat. Rasanya lebih dari 60 yg dapat diperolehi. Then, around pukul 2 lebih, kita orang buat cornflake pula. Masa aku dengan adik lelaki aku buat cornflake tu, my mom tengah sibuk di dapur buat bubur lambuk, my sister and my sister-in-law siang ikan rebus untuk dimasukkan ke dalam bubur. Hahaha, memang sedap.
Walaupun sibuk, jawatan aku sebagai babysitter tak pernah gugur semenjak ada anak saudara. Macam-macam perangai anak suadara aku ni. Tapi nasib baik lah yg pandai membuli ni baru 2 orang kalau 5 orang, matilah aku. Yang lagi 2 orang tu, tak pandai lagi, pandai buat sepah, ganggu. Yg lagi seorang tu pandai nangis saja.
Tentang konvoi nak raya pun aku yg handel. Naik pening kepala aku. Transport tak cukuplah, orang ni ada masalah ni, masalah tu. Tapi aku suka handle Nabella. Tak tahu kenapa. Dia cakap, dia pun nak join konvoi raya ni. Hahahah !!!
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Ada 2 budak kecil yg perlu aku handle.
Assalamualaikum...

Monday, 13 August 2012

Kurus dan Pendek...

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak bercerita tentang diri aku yang kurus dan agak pendek. Tapi sebelum aku memulakan cerita aku, aku ada nasihat sikit. Saiz badan dan ketinggian tak penting, yang penting hati baik. Kalau orang yg nak berkawan dgn aku pula, aku tak kisah yg penting orang tu tak buat aku sakit hati, tak ajak aku buat benda-benda yang tak elok dan tak buat banyak masalah.
Baiklah, saya sambung semula dengan tajuk cerita saya hari ini iaitu 'Kurus dan Pendek'. Aku seorang yg kurus, orang cakap aku tak cukup makan. Eh, please-lah, aku memang tak cukup makan, aku sudah makan satu pinggan penuh dan aku rasa nak tambah lagi. Maksudnya aku sudah cukup makan tapi nafsu aku yg suruh aku makan lebih-lebih. Aku sudah try macam-macam dan pelbagai cara untuk membuatkan diri aku ni kelihatan berisi. Korang tahu tak aku kurus macam mana, korang tak tahukan? Meh sini aku bagi tahu. Aku kurus, sangatlah kurus. Berat badan aku tak sampai 40, baru 39 kg. Ibu jari dan jari telunjuk korang boleh membuat bulatan penuh pada tangan aku. Nampak tak, sangat kurus kan?
Aku sudah makan banyak setiap hari tapi saiz aku tetap tak berubah. Aku pernah baca di internet, kalau baru lepas makan kita tidur boleh membuatkan kita gemuk. Yang ni pun aku sudah try, tapi tak berjaya. Aku cari lagi di internet cara-cara nak buat badan nampak berisi. Ada yg suruh bersenam sebab apa entah, aku pun sudah lupa tapi dengan bersenam boleh release kan sesuatu dalam badan, kalau tak silap akulah. Aku baru saja mulakan aktiviti bersenam ni. Aku lakukannya di dalam bilik sebab aku malas nak keluar petang-petang untuk berjoging dan buat apa-apa yg seumpamanya. Kalau ada kawan tahan juga. Tapi di Taman Saga ni, kawan aku boleh dikira dengan jari saja. Kalau tidak silap aku ada 3 orang saja, itu pun tak rapat. Nak tahu kenapa, sebab aku ni tak friendly, lain kali sajalah aku cerita pasal ni.
Cerita yg seterusnya ialah pendek. Well, aku sebenarnya tak terlalu pendek dan tak terlalu tinggi. Rasanya kali terakhir aku ukur ketinggian aku pada bulan lepas, dan ketinggian aku ialah 152 cm. Aku cemburu tengok kawan perempuan aku yang bernama Hazirah, Mubshira dan Nabella. Ketiga-tiganya tinggi, bila aku berdiri di sebelah dia orang aku terasa macam aku adalah orang yg paling pendek.
Aku pun pernah melayari internet cara-cara untuk tinggi. Ini cara-cara nak tinggi:
1- Minum susu
2- Main gayut-gayut kat taman
3- Tidur straight kaki
4- Makan banyak buah
5- Minum milo
6- Makan calciyum banyak-banyak
7- Jauhi garam yg melampau
8- Jangan skip makan pagi
9- Makan kurma sebijik sehari
10- Lepas makan, rehat 10 minit.
11- Lompat setempat
Orait, Minum susu dan milo kadang-kadang, main gayut-gayut di padang tak pernah tapi lompat setempat pernah bahkan selalu, di dalam bilik. Tidur straight kaki, hurm, bila teringat nak tinggi baru buat. Buah memang my favourite dan calciyum juga tapi jarang beli. Garam? Kalau makan macam ratah aku tak suka tapi dalam masakan aku tak tahu sebab tak rasa. Makan pagi aku tak pernah skip, aku selalu makan di rumah, ramai kawan aku makan di sekolah, makanan di kantin tak sedap. Kurma pula bila puasa saja, itupun 3 hingga 5 bijik. Lepas makan aku memang akan rehat 10 minit.
rasanya macam sudah panjang ni, baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Saturday, 11 August 2012

Sedar...

Assalamualaikum...
Dapat idea nak tulis tajuk Sedar ni dari tajuk lagu Shila Amzah. Bila aku nyanyi atau dengar lagu Sedar ni aku teringat pada seseorang. Nanti aku bagi tahu. Hari ini saya nak cerita apa yang berlaku pada saya semalam. Ianya berlaku selepas aku balik sekolah. Well, bagi aku ianya agak sedih sebab aku sedar yang aku sudah silap selama ni.
Lebih kurang pukul 4 petang, my mom and my sister keluar pergi ke bandar untuk beli barang-barang dapur dan bahan-bahan nak buat kuih raya. Lepas my mom and my sister keluar dari rumah, aku kuncilah pintu. Aku terpandang sebuah cermin besar yang berdekatan dgn pintu rumah. Aku nampak orang yang berada di cermin itu bukan aku tapi ianya memang aku. Aku dapat merasakan itu bukan aku sebab rambut aku berubah. Cerita pasal rambut lagi, ianya memang kaitan dgn tajuk Sedar ni.
Masih ingat pada Ng Shao Min? Well, dia sikat rambut dia 3/4 ke arah kanan, manakala aku, 3/4 ke arah kiri. Lebih kuramg seminggu yang lepas, aku teringin untuk memiliki rambut seperti dia, jadi aku sikatlah 3/4 ke arah kanan. Hari pertama aku sikat ke arah kanan memang hampir serupa dgn Shao Min. Keesokkan harinya selepas aku mandi, aku tak dapat nak buat sama macam Shao Min. Sudah berhari-hari tapi masih aku tak dapat tak buat, lain yang aku dapat.
Lepas aku terpandang cermin tu, aku ubah semula rambut aku ke kiri. Masa tu mulut aku bergerak dengan sendiri menyebut "This is me". Betul tu, aku tak perlu jadi orang lain, aku perlu jadi diri sendiri. Aku tak perlu tiru rambut orang, aku ada rambut jadi aku kena design rambut aku sendiri, tak perlu nak tiru-tiru. I want my own style, I don't want anyone else's style.
Aku dapat merasakan yang fesyen rambut aku sebenarnya jauh lebih smart dari Shao Min. Dia pun sekarang sudah ikat rambut. Aku tengok facebook dia, dia cakap dia nak simpan rambut panjang. Masa tu memang aku bengang tahap maksima. Seriously, muka dia yang comel dan rambut dia yang smart, hilang disebabkan dia ikat rambut. Bila aku pandang dia, hati aku bertanya, dia ke orang yang selalu aku usha, macam bukan je.
Sekarang ni aku sedar, aku tak perlu lagi usha dia. Aku cuma perlu menghormati dia sebagai orang yg lebih tua dari aku dan sebagai seorang ketua rumah sukan Satria. I'm still proud of you, you are the best leader.
Baiklah, tadi aku cakap lagu Sedar mengingatkan aku pada seseorang. Orang itu ialah Ng Shao Min. Aku rasa lagu ni sesuai dengan situasi aku usha dia. Nak tahu kenapa. Layan lah tajuk lagu dan video lagu ni.

Verse 1:
Sudah lama ku perhatikan dia
Sudah lama aku memendam rasa
Bila kan tiba
Setiap Kali aku melihatnya
Seperti kejutan elektrik kurasa
O.o.. anehnya

Chorus:
Tak pernah kau sedari
Ku disini
Telah lama menantikan mu
Tak perlulah kau mencari lagi..
Karena ku setia disini buat mu

Verse 2:
Semua gadis tergila-gilakan nya
Semua gadis ingin mendampinginya
O.o..bencinya
Ku ingin sekali menegur dirinya
Tapi lidah ku kelu tidak terkata
O.o..malunya

[Ulang Chorus]

Da da da da da da
Da da da da da da
Da da da da da da

[Ulang Chorus]

Karena ku setia disini buat mu 
Karena ku setia disini buat mu 
Karena ku setia disini buat mu

Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Thursday, 9 August 2012

Dialog Rekaan...

Assalamualaikum...
Mungkin korang tak faham dgn tajuk post aku kali ni. Dialog rekaan, apa tu? Hah, ni lah aku nak bercerita. Maksudnya ialah, bila kita nampak perbualan yg lebih dari seorang, kita akan cipta dialog untuk dia orang mengikut reaksi muka dia orang.
Masa di sekolah hari ini, aku dan Ameera tengah berborak-borak, lepas tu aku perasaan orang di hadapan macam serius saja. Aku pun bagi tahulah Ameera yg orang depan nak failkan penceraian. Sebenarnya, orang yg duduk di depan aku dan Ameera ialah pasangan bercinta. Sebab aku cakap dia orang nak failkan penceraian ialah sebab aku nampak muka dua orang macam serius semacam saja. Dan sejak kebelakangan ni dia orang jarang duduk bersama. Aku dan Ameera apa lagi, cipta dialog lah.
Lepas tu, aku perasan lagi, orang si seberang(sebelah) macam ada masalah juga. Dari minggu lepas lagi aku perasan, tapi aku tak bagi tahu Ameera pun, baru hari ni aku bagi tahu Ameera. Sebab aku cakap dia orang ada masalah ialah, dia orang berbincang sesuatu, secara serius dan berbisik-bisik. Tak lama lepas tu, orang sebelah aku menangis.
Menangis kenapa pula ni, tak akan lah orang depan aku nak bercerai pun ko menangis. Sedih sangat ke dia orang berpisah. Then, aku nampaklah lelaki yg bercinta tu macam berbisik-bisik dgn beberapa kawan lelakinya sambil memegang kamus elektronik. Aku dgn Ameera buatlah dialog, kita orang buat, kawan lelaki tu tunjuk gambar perempuan dalam kamus tu. Sebabnya, bila sudah sah bercerai nanti, ada penganti.
Macam-macamlah dialog kita orang cipta. Cikgu Maths kita orang jadi peguam untuk kes penceraian dan seorang kawan lelaki ni jadi Paderi untuk mengesahkan penceraian dia orang sebab dia saja Kristian.
Kebiasaannya kita orang tak ada topik perbualan tapi hari ni memang banyak. Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Cubalah korang try di sekolah, ianya memang menyeronokkan.
Assalamualaikum...

Tuesday, 7 August 2012

Selamat Hari Raya !!!

Assalamualaikum...
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Nabilah,
Selamat hari jadi.
Ek eh, tajuk raya tapi nyanyi lagu selamat hari jadi pula, alamak, silap sudah. Nyanyi semulalah...
Selamat hari raya,
Kepada semua saudara serta saudari,
Satahun hanya sekali,
Merayakan hari yg mulia ini.
Hah !!! Baru betul. Hehe, saja nak bergurau, al-maklumlah, aku ni suka bergurau. Tapi tak tahu sama ada korang ketawa atau korang cakap aku ni gila. Aku manalah tahu apa yg korang rasakan. Kut-kut korang baca ni sambil korek hidung atau baca dalam toilet. Hehehe, sudahlah kembali kepada tajuk asal post kali ini.
Bila sebut saja apa-apa perayaan mesti korang terfikir pasal kuih, duit, rendang, lemang dan seumpamanya. Kadang-kadang aku rasa boring sebab buat benda yg sama setiap tahun. Tapi aku ada cara untuk buat diri ini tak boring dgn aktiviti raya setiap tahun.
Tahun ni aku dan kawan-kawan bercadang nak konvoi raya sama-sama. Padahal aku sudah setiap tahun buat benda ni. Tapi tahun ni mungkin best sikit dan mencabar juga. Yg best tu sebab ramai, ada 12 orang iaitu, Asmaa, Mubshira, Wanie, Aku, Ameera, Puteri, Ailin, Anati, Syahrul, Syahril, Hazirah dan Azri. Setakat ni itulah orangnya, well, mungkin ada orang nak tarik diri atau orang semakin bertambah nak join konvoi raya ni. Plan sudah ada tapi tak tahu raya ke berapa nak buat.
Yang mencabarnya ialah nak pergi rumah Anati dan Hazirah, dua-dua jauh. Lagi satu, kenderaan tak pasti lagi. Ada yg akan bawa motor dan kereta. Dalam 12 orang ni cuma Puteri seorang saja yg ada lesen motor. Kejap-kejap, mesti korang nak tahu siapa nak bawa kereta tu. Hurm, orang ni pandai bawa kereta tapi umur tak cukup untuk buat lesen, orang itu ialah Mubshira.
Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Monday, 6 August 2012

Birthday...

Assalamualaikum...
Aku di lahirkan pada 7 Januari 1996, hari Ahad, pukul 11.08 pagi, di Hospital Besar Kuantan. Nama hospital ni nama dulu sekarang sudah di namakan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Nak dengar satu cerita tak? Mari, mari. Ceritanya ialah, kenapa aku boleh lahir di Kuantan, adik-beradik aku dan ayah aku lahir di Hospital Mentakab. Aku dan mak aku di Kuantan.
Mak aku tak perlu hairanlah kenapa lahir di Kuantan sebab my mom memang orang Kuantan, cuma aku tak tahu mak aku lahir di hospital mana. Aku pula orang mentakab tapi lahir di Kuantan. Ceritanya begini, masa tu family aku bercuti di Kuantan. Masa sudah mahu balik ke Mentakab tapi tak gerak lagi dari rumah nenek, masa tulah perut mak aku sakit, nak melahirkan aku. Kesian abang-abang dan kakak-kakak aku sebab terpaksa ponteng sekolah disebabkan aku.
Baiklah, tajuknya birthday dan bila sebut birthday mesti terfikir pasal kek, belon, topi dan macam-macam lagi yg berkaitan dgn birthday party. Aku tak tahu bila kali terakhir aku sambut birthday party tapi yg aku tahu aku pernah sambut. Masa aku sekolah rendah, aku pernah tanya my mom sama ada aku pernah sambut birthday party atau tak. My mom jawab pernah tapi 2 atau 3 kali saja. Itu maknanya mungkin masa aku 2 tahun atau 3 tahun. Gambar pun tak ada. Mana aku nak ingat apa yg berlaku masa birthday party aku tu.
Hari ini tepat aku berumur 16 tahun 8 bulan. Kalau boleh aku nak sambut birthday party masa 17 tahun sebab 18 tahun sudah boleh dikategorikan sebagai dewasa. Aku teringin nak tiup lilin di atas kek atau cupcake, ada belon-belon. Aku nak sambut dengan semua orang yg aku sayang. Yg paling penting sambut dgn family, kawan-kawan aku tak kisah sangat. Hadiah pun aku tak kisah yg penting aku dapat tiup kek aku, makan kek aku, sambut dgn orang tersayang. Aku memang teringin untuk merasa yg diri aku ni di hargai, di sambut dan seumpamanya. Dan ia mungkin jadi satu kenangan terindah buat aku.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Tak tahulah kenapa ada air yg bertakung di mata aku.
Assalamualaikum...

Sunday, 5 August 2012

Candle Light Dinner...

Assalamualaikum...
Sebut je candle light dinner mesti ramai akan mula berfikir ada kena-mengena dengan boyfriend. Candle light dinner tak semestinya dgn boyfriend saja dan tak semestinya waktu malam, mungkin restoran tu sengaja dibiarkan gelap. Cerita aku hari ini ada kaitan dgn lilin dan waktu malam.
Lebih kurang pukul 6.30, bermulalah masalah sehingga kita orang kena berbuka dgn bercahayakan lilin. Tak tahulah apa masalah, ayah aku yg bekerja di TNB pun garu kepala bila timbul hal ni. Nak share satu gambar pada korang.
Korang tahu tak apa ni? Aku pun tak tahu. Abaikan sajalah namanya, korang perhatiankan suis yg bernama RCD tu. Apa yg aku tahu tentang benda tu adalah alat pendawaian elektrik yang memutuskan litar apabila ia mengesan bahawa arus elektrik tidak seimbang antara konduktor bertenaga dan konduktor pulangan yang neutral. Ketidakseimbangan ini mungkin menunjukkan kebocoran semasa melalui badan orang yang dibumikan dan sengaja menyentuh bahagian bertenaga litar. Satu kejutan maut boleh mengakibatkan daripada syarat-syarat ini. RCCBs direka untuk mencabut dengan cepat untuk mencegah kecederaan yang disebabkan oleh kejutan itu. Ia tidak bertujuan untuk memberikan perlindungan terhadap arus lebih (overload) atau keadaan litar pendek.
Pening kepala tak baca keterangan aku tu? Sebenarnya aku curi di internet saja, aku pun pening kepala tapi buat-buat faham sahaja. Yang membuatkan kita orang sakit hati ialah, setiap 5 minit atau kurang dari 5 minit elektrik mesti terputus. Lepas ayah aku siap makan, ayah cakap nak cabut RCD tu then buat by pass saja. Aku garu kepala sajalah bila dengar ayah sebut nak by pass. By pass tu apa? Aku tak berani tak tanya ayah aku, apa itu by pass sebab ayah aku sudah stress.
Masa kita orang tengah makan, lebih dari 10 kali elektrik terputus, ayah aku asyik bangun pergi ruang tamu hidupkan lampu sahaja. Itu sajalah yg ayah aku mampu lakukan waktu makan. Lepas makan apa lagi buat by pass lah. Alhamdulillah, sekarang sudah ok, tak ada masalah.
Itu sajalah cerita aku pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Aku menaip sambil tengok Lee Chong Wei lawan Lin Dan.
Assalamualaikum...

Friday, 3 August 2012

Adik & Anak...

Assalamualaikum...
Korang nampak tajuk apakan? Mesti korang fikir yg mungkin aku nak ada adik atau tidak dan anak pula mesti korang ingat aku nak anak yg mcm mana. Adik betul tapi anak tu salah. Nak tahu lebih lanjut sila baca kisahnya.
Since I was 6 years old, aku memang teringinkan adik perempuan. Perasaan teringin tu wujud sejak aku nampak kawan baik aku yg bernama Nadiah menjaga adik perempuannya yg bernama Syamira. Hubungan mereka akrab sungguh, aku betul-betul cemburu bila melihat Nadiah bersama dgn adiknya. Sampai ke hari ini aku masih lagi inginkan adik perempuan. Kalau boleh aku nak yg beza 2 atau 3 tahun dari aku. Aku suka melihat budak perempuan yg lebih muda dari aku. Aku juga suka main dgn budak kecil.
Sehingga ke hari ini my parents tak tahu pun akan keinginan aku ni. Aku pernah bergurau dgn my parents tapi sebenarnya gurau itu adalah apa yg aku harapkan. Aku pernah cakap to my parents yg bagus kalau ada adik perempuan. Know what, my dad cakap kalau nak adik perempuan ayah kena kahwin lainlah. Aku pun terus cakap, ayah tak perlu kahwin lain sebab Nabilah tak perlukan adik perempuan. Ayat tu hanyalah untuk menenangkan hati my mom, lagi pun siapa yg nak suami kahwin lain kan? Apa boleh buat, my parents sudah tak boleh menghasilkan anak.
Disebabkan aku teringin sangat nak kan adik perempuan, Allah SWT dgn mengurniakan aku anak saudara perempuan. Aku ada 5 orang anak saudara, kelima-limanya permpuan. Bila sudah dapat banyak perempuan teringin nak lelaki pula. Aishh, apakan daya. Itulah manusia, tidak pernah puas hati dengan apa yg dia miliki.
Aku cerita tentang anak pula ya. Orang selalu cakap kalau anak bongsu adalah anak terakhir. Salah tu, anak bongsu boleh digunakan untuk anak yg terakhir bagi kaum Adam dan kaum Hawa dalam sebuah keluarga. Dalam adik-beradik aku, anak terakhir bagi lelaki ialah anak yg paling akhir, anak ke-10. Perempuan pula ialah aku, anak ke-8.
Lepas tu orang selalu cakap anak bongsu anak manja. Aku tak boleh nafikannya sebab adik bongsu aku memang manja, tapi aku pula kadang-kadang saja manja. Aku kalau di rumah jenis yg tak banyak cakap dan kurang bersosial dgn family, kadang-kadang jugalah.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Thursday, 2 August 2012

Koi si budak suka meng-edit...

Assalamualaikum...
Aku memang suka meng-edit tapi apa yg aku mampu lakukan hanya satu, iaitu buat diri aku ada kembar. Tapikan itu gambar, lagu pun aku pandai juga contohnya nak pendekkan lagu, maksud aku ambil yg chorus atau mana-mana bahagian yg kita suka, dan aku boleh buat di hujung lagu tu menjadi semakin perlahan bunyinya. Aku akan tunjukkan gambar kembar aku.
Ni gambar favourite aku. Dalam banyak-banyak gambar yg aku edit, ni lah yg paling aku suka. Diri aku yg betul pakai baju hitam ni. Sebab cermin mata yg aku pakai sekarang, belakang tu cermin mata aku yg lama.
Kebanyakkan gambar yg aku edit ialah gambar aku tak tutup aurat. Opps!! Sorry to say lah, jangan harap aku nak masukkan gambar yg tak tutup aurat dalam blog, facebook atau mana-mana saja. Dulu yelah aku pernah letak dalam facebook gambar tak tutup aurat tapi ada satu cerita benar yg membuatkan aku sedar.
Gambar ni ada beberapa orang kawan aku tanya mcm mana aku edit gambar ni sebab mcm impossible. Dia orang ckp mcm tu sebab tangga aku yg berada di bahu kembar aku, nampak mcm real. Diri aku yg betul ialah yg berada di belakang sekali.
Aku sendiri yg ambil gambar tanpa bantuan sesiapa pun. Semuanya jadi mudah bila ada dua camera si handphone, depan dan belakang. Nama pun sebenarnya boleh tahanlah juga. Nak tengok ke? Ni dia...
 Sama dengan gambar di atas kan. Aku baru saja buat pada hari ni.
Selain tu, aku juga boleh melukis, bolehlah juga. Aku dikelilingi oleh orang yg pandai melukis, contohnya abang, kakak, adik dan beberapa kawan. Aku cuma pandai lukis lelaki saja, perempuan paling susah bagi aku. Tapikan disebabkan oleh seorang makluk Allah ni aku jadi teringin sangat nak melukis perempuan dgn bersungguh-sungguh. Mesti korang nak tengok gambar perempuan tu.

Korang kenal tak siapa ni? Perhatikan rambut dia. Tahu atau tidak tahu aku akan tetap bagi tahu nama dia. Baiklah, nama dia ialah Ng Shao Min. Muka perempuan ni korang tak payah tengok sebab tak sama langsung dgn Shao Min, tengok rambut sudah. Beberapa kawan aku cakap memang ada gaya. Nak lukis ni memerlukan masa setengah jam tahu tak. Kalau aku lukis lelaki, tak sampai lima minit saja sudah siap.
Lukis guna paint pun aku pandailah juga tapi aku kurang berminat. Lagi pun aku cuma mencuba sekali saja. Banyak kali sebenarnya tapi aku tak save pun dan tak bersungguh-sungguh untuk lukis. Ni dia lukisannya.
Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca dan aku rasa mesti korang perasan akan tajuk post dan kandungan cerita hari ni. Ada satu yg tak ada kaitan dgn edit. Gambar Ng Shao Min tu bukannya di edit tapi di lukis.
Assalamualaikum...