Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Shila Amzah dan 3 Suara

Hari itu aku gilakan Paramore tapi sekarang ini Shila Amzah dan 3 Suara. Shila Amzah masuk rancangan One In A Million musim ke-2. 3 Suara pula terdiri daripada 3 orang iaitu Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor. Shila Amzah dan Jaclyn Victor ada masuk dalam sebuah rancangan untuk bintang menjadi superstars. Of course lah aku undi. Aku undi Shila Amzah. Sudah lebih 10 kali aku undi. Gilakan? Entahlah kenapa aku suka sangat kat Shila Amzah. Maybe sebab suara, rambutnya yang cantik dan mukanya. comel Hahahaha....Sengal lah. Ada yang mengatakan Shila Amzah couple dengan Sharnaaz Ahmad. Memang secocok sangat 2 orang ini bersama. Kalau korang ada tengok dia orang berlakon bersama dalam Patah Seribu memang best sangat-sangat. Nak menangis juga aku tengok cerita tu. Sob sob. Dia orang patut berlakon bersama lagi, memang terbaik lakonan dia orang. Nanti nak buat novel pasal kisah cinta dia orang. Hahaha.... Macam lah aku tahu sangat hubungan dia orang serapat mana dan apa yang dia orang selalu lakukan bersama. Hahahha... Thanks kepada mereka yang sudi membaca post aku yang tak seberapa ni. By the way, aku suka sangat-sangat dengan rambut Shila Amzah dalam cerita Patah Seribu tu. Aku sudah lama teringin untuk memiliki rambut macam tu.
Ok, layanlah lagu Patah Seribu ni.


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama


Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah