Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Perubahan yang positif

Dalam hidup kita mesti ada musuh, tapi tak salahkan kalau musuh tu mahu berubah jadi baik. Cerita yg aku mahu kongsikan hari ini ialah tentang kawan lama aku yg dahulunya perangai mcm setan tapi sekarang sudah berubah. Nak kata dia musuh aku bukan lah.
Nama dia terpaksa aku rahsia. Aku rasa dia tak tahu yg aku ada blog.Dia tahu ke tak tahu ke itu tak penting. Aku cuma tak mahu malukan dia. Kawan aku ni sama sekolah rendah dengan aku dulu. Sekarang sekolah menengah pun sama sekolah. Ni kiranya aku memang sudah kenal dia lama. Aku boleh nampak setiap perubahan dia. 
Biasanya dia kerap ponteng sekolah, tapi tahun dia lain. Dia duduk saja dalam kelas, kalau dia tak mahu belajar pun dia akan tidur di dalam kelas. Okay lah, lain dari dia yg dulu. Aku memang sukakan perubahan yg positif. Aku pun pernah mengalaminya, malah aku pernah tulis dalam blog kesayangan aku ni. Dipersilakan mencari sendiri.