Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Perubahan pada diriku...

Salam semua...
Dulu masa aku sekolah rendah, ramai budak ejek aku aku tomboy. Tapi masa itu aku tak kisah pun sebab memang masa tu aku tomboy. Pakaian, cara aku cakap dan kelakuan aku macam lelaki. Tetapi ada sesuatu perkara yg telah dan membuat aku sedar. Aku rasa menyesal sangat dengan apa yg aku buat selama ni. Sekarang ni aku sudah berubah. Mungkin sekarang ni masih ada sikit perangai tomboy aku tu. Contohnya macam kasar. Biasa la, nak berubah memerlukan masa. Tapi, aku masih belum dengan perubahan ni. Ada perangai kebudak-budakkan dalam diri aku. Aku nak buang perasaan ini. Aku nak menjadi lebih matang. Aku rasa mungkin ramai orang menyampah dengan perangai aku ni. Dan aku juga nak semua kawan-kawan aku panggil aku 'Nabilah' mulai tahun 2012. Sejak dari darjah 1 lagi, kawan-kawan dan cikgu panggil aku 'Ainun'. Aku sudah cakap pada guru kelas aku masa darjah 1 supaya panggil aku 'Nabilah' tapi dia tetap berdegil nak aku 'Ainun'. Aku pun biar saja lah sebab aku masih kecil lagi, tak berani nak lawan cakap cikgu.