Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Nasib Malang & Gembira...

Assalamualaikum kepada yg membaca...
Hari ini hari Selasa 26/6/2012. Perasan tak yg hari ini ada 2 tajuk sebab berlaku dua benda tersebut pada aku hari ini. Nasib malang banyak kali berlaku dan gembira hanya 2 kali. Aku ceritakan nasib malang dahulu ya. Baiklah, masa di sekolah pada pukul 2.00 petang aku tidur di dalam kelas sebab cikgu tak ada. Aku bangun dari tidur secara mengejut sebab aku dapat mimpi yg boleh buat aku terkejut. Aku mimpi tentang aku sedang bersiar-siar sambil memandu kereta yg aku idam-idamkan iaitu Mercedes-Benz SLR McLaren,tiba-tiba terlanggar kereta orang. Itulah padahnya kalau bawa kereta tanpa lesen.


Yg kedua pula, buku nota Biologi aku hilang, entah siapalah yg ambil. Aku memang pasti sebelum waktu rehat buku nota biologi aku masih ada di dalam beg dan aku tidak pernah keluarkan buku tu pada hari ni. Sedih aku sebab kena dimerit untuk pertama kali pada tahun ini. Bila sampai di rumah aku masih tidak puas hati. Aku mencari di rumah tapi tidak jumpa, aku cari semula di dalam beg dan ternyata ada di dalam beg. Beg aku tu cuma ada 3 ruang sahaja. 1 ruang besar dan 2 lagi ruang kecil. Buku biologi aku buku log, tak mungkinlah aku simpan kat tempat yg tak masuk akal.
Nasib malang yg ketiga pula, masa balik sekolah. Aku terpaksa menunggu lebih dari 1 jam untuk naik kereta sapu. Habis sekolah pada pukul 2.45 petang, aku dapat kereta sapu pada pukul 3.55 petang. Sedih tak ? Nak menangislah pula ni. Aku ada tuisyen pada pukul 5.30 petang, huh, tak dapatlah aku nak rehat. Nasib malang yg terakhir pula ialah masa menunggu kereta sapu untuk pergi ke Bukit Bendera sebab aku tuisyen di sana. Memang ada kereta sapu tapi bila aku sudah masuk dalam kereta sapu, dia suruh aku keluar sebab dia cakap aku hanya merugikan dia sebab hanya seorang sahaja penumpang dia masa tu. Aku keluar kereta sapu tu dengan perasaan yg bengang, aku hempas pintu kereta tu. Rosak ke tak rosak ke lantaklah, jangan harap aku nak ganti rugi.
Baiklah, kita cerita yg gembira pula. Semasa di sekolah, sewaktu aku sedang berborak dengan kawan aku yg bernama Nur Ameera Sofea Binti Jasmin tiba-tiba ada seorang budak cina datang cari aku. Dia tdak memanggil nama aku kuat-kuat di hadapan kelas malah dia menga\hampiri aku. Aku sendiri tidak masa bila dia ada disebelah aku. Dia cari sebab dia nak bagi tahu aku yg aku terpilih untuk mewakili rumah sukan pada hari Khanis ini. Aku dapat masuk 3 acara iaitu 100m, 200m dan 4x200m. Alhamdulillah ketiga-tiga acara yg aku masuk tu berlari. Gembira aku yg kertiga ialah aku dipuji masa tuisyen P.Akaun. Cikgu yg mengajar aku tu puji aku banyak kali sebab biasanya aku antara budak paling lambat siapkan kerja tapi 6 soalan bagi semua aku dapat siapkan dalam masa 1 jam. Patutnya habis pada pukul 8.00 malam tapi disebabkan aku dapat siapkan 10 minit sebelum habis waktu, cikgu membenarkan aku balik awal. Bukan aku seorang sahaja. Sesiapa yg sudah siap keenam soalan yg dia bagi.
Itu sahajalah cerita aku hari ini. Tapi aku memang tak suka pada nasib malang aku yg keempat tu. Sakai punya orang tua, tahu nak untung saja. Kesianlah sikit kat aku yg ingin menuntut ilmu. Baiklah, terima kasih kepada yg sudi membaca cerita aku hari. Suka atau tidak dengan cerita aku kali ini terpulang kepada anda yg membaca. Terima kasih sekali lagi.
Assalamualaikum semua...