Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Kenali Aku...

Salam... Hari ni aku nak bercerita sedikit tentang diri aku. Sebenarnya dapat idea nak tulis pasal diri aku datang dari sebuah drama. Drama tu tajuk dia Tipah Torpedo, cuma keluar dekat Astro saja. Astro Ria atau Prima? Lupa da. Cerita ni merupakan drama romantik komedi pelakonnya aku cuma ingat seorang sahaja. Nama dia Siti Fazurina. Nama dia pun aku cari di Google sebab tak tahu. Siti Fazurina ni dia sejak kecil lagi memang suka bagi biodata dia pada orang. Tak ramai orang nak kawan dengan dia sebab dia ni banyak mulut, sebab tulah tajuk cerita pun macam tu. Sudahlah habis cerita pasal Tipah Torpedo ni. Okay ini dia...
 1) Pendiam - Agaklah sebenarnya. Dulu masa tadika dan sekolah rendah aku memang pendiam. Orang tanya panjang lebar aku jawab pendek je. Tapi sejak form 3, aku sudah lain sikit. Sejak aku kenal Asmaa, Zirah dan Syahrul. Masa ni dia orang je yg paling rapat dengan aku. Rindu pula zaman aku pendiam dulu. Tapikan kadang-kadang aku yg jenis bising tiba-tiba jadi pendiam. Bila aku diam mesti ada member yg tanya kenapa diam ni, ada masalah ke? Aku diam bukan sebab aku ada masalah tapi 2 sebab. Pertama, aku tak ada mood dan yg kedua, ia merupakan salah satu cara untuk aku release perasaan cuak. 
2) Suka mengusik - Ini yg paling aku suka, kenakan orang. Yg ni sejak sekolah rendah, masa darjah 5 kalau tak silap aku. Aku suka kenakan orang bila aku bercakap dengan seseorang itu. Aku jenis yg tak suka mengalah apabila berborak dengan orang. Aku mesti nak kena menang. Kalau aku kalah, aku akan rasa something wrong. 
3) Setia - Bukan couple ya. Maksud aku dengan setia ialah lagu. Sejak aku sekolah rendah lagi aku memang minat sangat-sangat dengan lagu Memori Tercipta yg dinyanyikan oleh Shila Amzah. Tapi masalahnya dulu aku tak tahu tajuk lagu dan siapa penyanyinya. Aku selalu dengar di radio. Radio ni bukannya membantu sangat sebab kadang-kadang dia akan sebut tajuk lagu kadang-kadang tak. Banyak kali jugalah aku dengar di Radio lagu Memori Tercipta ni tapi dua masalah itulah yg membuat aku sakit hari. Tak tahu tajuk lepas tak tahu siapa yg nyanyi. Aku memang terkejut bila dapat tahu Shila Amzah yg nyanyi lagu tu. Tapi nasib baik lah masa tu aku sudah sukakan Shila Amzah. Member aku tak ada seorang pun yg tahu aku minat lagu ni. Tapi sekarang yg sudah baca mesti sudah tahu. 
4) Cerewet - Adalah juga sikit. Aku cerewet dengan nama aku sebab orang selalu tulis nama aku 'Nabila' WEI sakai, nama aku ada H lah bodoh. Tengok aku dah bengang ni. Nama aku 'NABILAH'. Maksud memanglah sama tapi my parents dah elok-elok letak H tapi yg kau buang H tu kenapa?
5) Anti - Bukan anti tapi tak suka. Banyak yg aku tak suka, contohnya makanan, buah dan macam-macam lagi. Kalau buah aku memang tak suka yg masam kecuali apple hijau. Buah yg paling aku tak suka ialah buah ada perkataan berry-berry tu. Then, aku tak suka bila orang bagi aku hadiah, tak kisahlah sebab apa pun dia bagi tapi yg aku tak sukanya bila dia bagi barang perempuan. Opps, sorry lah, aku suka sesuatu yg sesuai untuk lelaki dan perempuan. Aku pun jenis yg tak suka dengan make-up, subang, rantai dan gelang kaki tapi cincin dan gelang tangan aku suka. Lepas tu aku memang tak suka bila aku hantar SMS orang tu balas. Most of my friend suka sangat tak balas SMS aku. Aku hantar SMS penting kut bukannya nak borak kosong. Itu sajalah yg dapat aku kongsikan bersama. Harap kamu semua suka dengan cerita saya kali ini. Kalau Shila Amzah suka gunakan youtube, aku pula suka gunakan blogger. Hahaha, aku rasa tak ada kaitan, atau mungkin juga ada kaitan. Sudahlah, sampai di sini saja. Terima Kasih kepada yg sudi membaca cerita aku yg panjang lebar ni.