Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Kawan Sekolah Menengah ku...

Semalam aku tak post apa-apa pun sebab aku tak ada idea, jadi hari ini aku nak post something yg panjang lebar. Tajuknya kawan-kawan masa aku sekolah menengah rendah. Aku cerita start dari aku tingkatan 1kawan sekolah menengah ku... 

Semalam aku tak post apa-apa pun sebab aku tak ada idea, jadi hari ini aku nak post something yg panjang lebar. Tajuknya kawan-kawan masa aku sekolah menengah rendah. Aku cerita start dari aku tingkatan 1 okey!

Tingkatan 1 - Budak junior di Hwa Lian. Aku ada seorang kawan baik dari sekolah rendah, nama dia Puteri                                     Nordiana. Aku rapat dengan dia, tapi disebabkan berlaku 1 kemalangan antara aku & dia, kami menjadi musuh. Lagipun bagus juga kalau aku tak kawan dengan dia sebab perangai dia liar. Beberapa minggu lepas aku tak kawan dengan dia, dia pindah sekolah. Aman rasanya tanpa dia. Selama aku menjadi budak form 1, aku cuma rapat dengan budak cina saja. Aku tak rapat dengan budak melayu sebab masa tu aku anggap mereka tu macam entah apa-apa. Tak seronok langsung dengan dia orang.

Tingakatan 2 - Aku sudah mula rapat dengan budak melayu. Tapi lebih rapat dengan budak cina lagi. Masa tu aku rapat dengan seorang budak melayu ni. Tapi walaupun aku rapat dengan dia, dalam hati aku rasa macam nak bagi dia 'Double Flying Kick' saja sebab aku menyampah dengan perangai dia. Makin lama aku makin menyampah dengan perangai dia, jadi aku putuskan hubungan persahabatan antara kami. Masa kami masih lagi menjadi kawan, aku rasa macam malas sangat nak homework, cikgu sedang mengajar aku tidur. Tapi bila aku sudah tak berkawan dengan dia, perangai aku berubah. Aku rasa bebas. Seronok rasa tidak mempunyai kawan macam dia.

Tingkatan 3 - Aku semakin lama semakin rapat dengan budak melayu, dengan budak cina kurang rapat. Ini antara kawan rapat dengan aku. Asmaa, Hazirah, Ailin, Anati, Ameera, Nabella, Wanie, Syahrul, Syahril, Azri & Hanif. Aku suka berkawan dengan dia orang. Sebab dia orang kelakar, sporting, dan macam-macam lagi. Yg pastinya memang seronoklah bila aku bersama dengan mereka. Pernah juga terfikir, kenapa masa tingkatan 3 juga aku mula rapat dengan mereka, sekarang ni kena bersedia untuk berpisah pula. Berat bagiku, kerana aku rasa seperti baru semalam bertemu dengan mereka di Hwa Lian. Hazirah, Ailin, Anati, Wanie, Syahrul, Syahril, Azri & Hanif nak pindah, ada yg nak pindah Vokasional dan ada yg nak pindah Teknik. Yg tinggal cuma aku, Asmaa, Ameera & Nabella. Sebenarnya, aku pun ingin pindah sekolah, aku nak pergi Teknik Kuantan. Tapi my parents tak bagi lampu hijau. Sedih rasanya. Banyak perkara yg kami lalui bersama. Aku ingin sekali menghabiskan waktu bersama dengan mereka buat kali terakhir.

Maaf gambar tiada sebab aku tak nak dia orang marah aku macam hari tu. Aku pernah dimarahi oleh seorang kawan sebab aku masukkan gambar dia dalam blog ni. Aku sayang orang-orang yg hadir dalam hidup aku kecuali yg sudah menjadi musuh. Keep smile & may Allah bless you all who read my post.