Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 19 July 2012

Duit, duit, duit

Assalamualaikum...
Aku memang suka simpan duit. Sangat suka. Suka sejak tingkatan 1 sebab masa di kuantan aku ternampak sebuah kereta yg aku idam-idamkan sejak darjah dua iaitu Mercedes Benz . Itulah pertama kali aku jumpa kereta tu. Kereta tu memang 2 pintu tapi atapnya tidak dibuka. Itu agak mengecewakan aku, atau mungkin sangat, tapi tak sangat cuma agak. Mengelirukan ke? Tak apa ketuk kepala 3 kali nanti oklah tu.
Sejak pada hari itu aku bertekad untuk simpan duit untuk beli kereta tu. Kalau aku belajar rajin-rajin, dapat kerja yg bagus dengan gaji yg tinggi mesti aku dapat beli. Tapi aku rasa tak  mungkin, jadi aku telah buat Plan B iaitu duit simpanan. Tapi aku tetap merasakan yg aku tetap tak dapat nak beli kereta tu. Harga kereta tu lebih dari setengah juta, macam mana aku nak dapat duit sebanyak tu?
Okay, kereta ni pula aku sudah bosan nak tengok sebab kat mana-mana saja aku pergi mesti ada kereta ni. Sorry to say lah, I'm not interested at all to this car. Walaupun sama Mercedes tapi tetap tak suka sebab ada 4 pintu.
Baiklah, saya rasa sampai di sini saja cerita saya. Sepatutnya saya tak update apa-apa sebab ada urusan peribadi (maaf rahsia), tapi disebabkan sudah agak lama tak update jadi aku luangkan sedikit masa untuk cerita ni. Terima kasih keraa sudi membaca.
Assalamualaikum...