Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Cita-cita ku

Dulu, aku nak menjadi seorang peguam tapi di sebabkan my daddy tak suka peguam, aku tukar cita-cita aku. Aku tak rasa keberatan kalau tak menjadi seorang peguam. Adalah sebab-sebabnya yg aku tak boleh bagi tahu kenapa my daddy tak suka peguam. Ini gambar aku dengan peguam yg datang sekolah.

Lepas tu, aku nak menjadi seorang doktor. Tapi bila aku fikir-fikir semula, aku rasa macam tak best lah jadi doktor. (Gambar tak ada)

Akhir sekali, aku nak jadi seorang pilot. Sudah lama aku menyimpan hasrat untuk jadi pilot tiba-tiba, aku kena cermin mata la pulak. Yang teruknya power aku hampir 300. Tapi sekarang ni mungkin sudah 400 lebih. Sedihnya. Tapi hari itu ada 2 orang Engineer lelaki dari pusat pernerbangan MAS datang sekolah. Dia cakap kalau mata tu boleh operate atau pakai contact lens tapi yg penting jangan rabun warna. Bila dia orang sudah cakap tu, aku rasa sedikit lega tapi masih banyak lagi syarat-syaratnya yg boleh buat aku tertekan. Walaupun pun begitu, hasrat aku untuk menjadi seorang pilot masih lagi ku impikan. Tapi ayah aku cakap, jadi seorang pilot macam orang no life, tak ada kehidupan. Sebabnya, kita duduk dalam kapal terbang berjam lamanya. Kalau menumpang sudah bosan duduk 6 jam lamanya dalam masa 1 hari, inikan pula pilot. Sudahlah bawa kapal terbang setiap hari berjam-jam pula tu. Aishh!!! Akan tetapi impian aku untuk menjadi seorang pilot masih lagi bertakhta di hati ku.