Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Cara aku kenal blog ni.

Ianya bermula waktu aku masih lagi seorang budak sekolah rendah. Umur berapa waktu tu aku tak pastilah. Tapi yg aku ingat, aku baru ada e-mail. Aku budak baru dalam dunia siber ni. Masa tu facebook pun tak wujud lagi. Suatu hari sewaktu aku membuka Yahoo Messenger, tiba-tiba ada budak yg bernama Joe add aku, aku pun terima je la. Joe ni budak kemaman. Aku tak kenal pun dia, tak pernah jumpa face to face pun. Suatu hari dia tegur aku, katanya nak berkenalan. Aku pun layan je la. Sudah lama kami berborak tu tiba-tiba dia cakap pasal blog. dia bagi tahu aku apa kegunaannya blog ni. Masa tu fikir ianya sangat menarik, jadi aku suruh dia tolong buatkan untuk aku sebab aku tak tahu macam mana nak buat. Bila sudah siap, aku bukanya. Bila aku tengok saja, Aku berfikir "Apa yg patut aku buat ni? Aku tak pandai nak berblog ni." Jadi aku biarkan blog aku bertahun-tahun sebab aku tak tahu. Bila aku sekolah menengah, Kak Ngah aku sibuk suruh tengok blog dia. Bila aku tengok saja blog dia, aku terfikir pasal blog aku. Aku pun dengan segeranya cuba untuk membuka blog aku. Tapi malangnya, Aku sudah lupa password. Tapi nasib baik aku tahu macam mana nak tukar password. Bila aku dapat saja tukar password, aku terus menyiasat cara nak guna blog ni. Dan inilah hasilnya. Thanks kpd mereka yg sudi membaca.