Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Friday, 13 July 2012

Berangan...

Hari ini masa di sekolah cikgu English kelas 4 Clever suruh kita orang susun kerusi sebab ada ceramah. Bila sudah siap susun kerusi, aku rasa macam ada dalam cinema. Ceramah bermula selepas rehat tapi kami susun kerusi sebelum rehat. Sebelum rehat tu ada sedikit masa jadi cikgu suruh kami semua berlatih drama 'Gulp and Gasp'. Aku group 1. Masa group 2 tengah berlatih aku duduk depan sekali. Entah kenapa masa tengah enjoy tengok latihan group 2, tiba-tiba aku berangan. Pelik sikit cerita aku ni. Nak tahu aku berangan pasal apa. Aku berangan tentang aku tengah main gitar sambil menyanyi di atas pentas. Murid-murid dan para cikgu yang menjadi menonton. Ayah aku pula ada di pentas juga, dia sedang merakam aku menyanyi manakala emak aku pula menjadi menonton. My mom duduk di hadapan sekali. Aku nyanyi lagu 'Patah Seribu' nyanyi Shila Amzah. Teringin juga kalau ianya adalah benar. Nak berlatih main gitar. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mencapai angan-angan aku ini. Sebab tulah aku senyap sikit tadi wahai pembaca setia aku iaitu Nur Anati Zafirah Binti Azmi. Kau perasan tak yang aku macam kurang bercakap.