Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Monday, 30 July 2012

Tidur...

Assalamualaikum...
Aku tak tahulah dari mana datangnya idea untuk tulis pasal tidur ni. Well, aku memang seorang budak yg suka tidur awal, waktu malam, of course. Aku tak suka tidur lambat-lambat sebab ianya akan menpengaruhi aku untuk tidur lebih lama. Tidur awal, bangun pun awal. Lepas tu aku tak suka tidur dalam keadaan bilik yg terang dan terlalu gelap. Tak faham ke? Baiklah, maksudnya, aku memang suka tidur dalam gelap tapi tak terlalu gelap. Kalau boleh aku nak ada cahaya sedikit sahaja, barulah nyenyak.
Tapi lampu di bilik aku berwarna oren dan terang. Aku sudah buat permintaan pada ayah aku untuk buat suis yg boleh malapkan lampu oren tu mengikut citarasa sendiri. Rasanya sudah sebulan lebih aku buat permintaan tu, tapi tak dapat lagi. But, I'm not blame my father, because sejak kebelakangan ni aku dengan family sibuk sedikit.
Cerita something sekejap. Kalau tidak silap aku masa form 2 atau 3, aku bermalam di rumah mak saudara aku. Well, my mak saudara tu ada 2 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki. Anak bongsunya perempuan sebaya dengan aku. Yg bermalam di situ cuma aku seorang saja, family aku yg lain di rumah nenek. Kisahnya ialah, sepupu aku ni dia suka tidur dalam terang mungkin dia takut tidur dalam gelap. Aku pun bingung sudah, nak buat apa ni, aku dahlah tidur dalam gelap, dia pula dalam terang. Luckily, dia ada lampu suluh. Aku pun cakaplah, kita tutup lampu then buka lampu suluh ni, dia pun setuju saja. Tidur lenalah aku malam tu. Tahun ni aku dapat tahu sejak aku tidur dengan dia dalam gelap, dia sudah tidak tidur dalam terang lagi.
Lepas tu waktu nak tidur tu aku mesti kena peluk something, contohnya teddy bear. Kalau tak ada aku akan rasa something wrong, serba tak kena dan susah nak tidur. Guess what, pergi mana-mana saja yg mungkin akan bermalam, aku akan bawa teddy bear bersama-sama. Lepas tu mesti tertinggal.
Teddy bear ni namanya Pinky because colour dia. Ianya merupakan hadiah birthday tahun ni dari my parents. Nampak tak jam tu, kalau nampak pukul berapa tu, itulah waktunya aku bangun tidur, biasanya awal lagi aku bangun dari tu. Jam tu diberi oleh kakak aku yg bernama Sakinah sempena birthday dan PMR. Jam tu ada lampu, kadang-kadang aku tak pasang lampu tidur, aku gunakan lampu jam tu sebab kalau guna lampu jam tu tak terang macam lampu tidur.
Aku cukup tak suka bila orang SMS atau call aku pada pukul 10 malam dan ke atas sebab pukul 10 malam tu adalah waktu tidur aku. Banyak kali sudah aku warning kawan-kawan aku, ada yg ikut dan ada yg tak. Kenapalah hal yg penting korang nak contact mesti waktu aku tidur. Benda-benda tak penting boleh pula petang.
Aku rasa korang mesti tertanya-tanya sama ada aku tidur lasak atau tak. Jawapannya aku tidur TAK lasak. Nak tahu macam mana aku boleh tahu, aku pernah tidur dengan beberapa orang perempuan. Eh, sekejap sekajap, jangan fikir benda yg tak senonoh, aku bukan perempuan macam tu ek. Ok, sambung balik. Bila bangun pagi tu, aku akan tanya, lasak tak aku tidur. Dia orang jawab tak lasak. Aku cuma akan tidur lasak kalau aku tak peluk something.
Tapi sejak kebelakngan ni aku asyik tidur petang. Actually it's not my hobby and I don't like it. Ianya akan sangat mempengaruhi kehidupan aku. Almost everyday mesti aku tidur petang tak tahulah kenapa. Tabiat ni tak bagus, aku kena buang tabiat ni, nanti melarat pula.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Aku tak tahulah sama ada ianya interesting bagi korang atau tak. Tak kisahlah, yg penting aku happy sebab dapat idea untuk post something dalam blog ni.
Assalamualaikum...

Saturday, 28 July 2012

Apa pandang-pandang

Assalamualaikum....
Nak cerita tentang cerita lawak yg berlaku pada hari ini sewaktu berbuka puasa. Budak kecil memang cepat belajar kan? Nak tahu apa kaitannya dengan budak kecil ni, bacalah kalau nak tahu...
Aku ada 5 orang ada saudara, well, semuanya perempuan. Budak kecil yg aku nak ceritakan ialah Nur Sarah Atiqah Binti Helmi. Ada post baru-baru ni, aku cerita pasal dia juga. Waktu berbuka tu kami sekeluarga makan nasi ayam yg di buat oleh kakak aku yg bernama Sakinah dan my mom. Si Sarah ni pula makan buah anggur saja. Kakaknya pula Nur Safiyyah Aqilah Binti Helmi, dia ni makan sup saja.
Masa aku tengah makan tu, aku terpandanglah si Sarah ni. Sarah pandang aku lama, aku pun cakaplah kat dia, apa pandang-pandang. Lebih kurang 5 minit kemudian, aku pula pandang Sarah. Guess what, Sarah pun cakap apa pandang-pandang juga kat aku. Aku memang terkejut.
Kejadian tu mengingatkan aku pada suatu peristiwa yg lebih kurang sama pada suatu ketika dahulu. Ianya berlaku antara aku dan Safiyyah. Masa tu, cuaca hujan. Safiyyah yg baru kenal haiwan yg bernama ketam, selalu menyebut apa-apa perkataan saja dgn bunyi 'M' di belakang perkataan tersebut. Contohnya, hujan jadi hujam.
Masa hujan tu, Safiyyah asyik sebut hujam. Aku betulkanlah sebutan dia. Aku cakap, bukan hujam tapi hujan. Bila aku tegur dia marah, jadi aku terpaksalah mengalah, aku pun ikut dia sebut hujam. Bila aku sebut saja hujam, dia pula yg betulkan aku. Sungguh memalukan. Nasib baiklah kamu berdua ni budak kecil, kalau budak besar aku bagi flying kick suda.
Baiklah, sama di sini sahaja cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Thursday, 26 July 2012

Semakin Berkurangan...

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak cerita sesuatu yg menyedihkan. Bagi aku ianya memang sedih tapi tahulah bagi korang. Aku rasa aku rasa sudah pernah bagi tahu bahawa aku memiliki 12 orang ahli keluarga. Ayah, mak dan 9 orang adik-beradik, campur aku 10 orang. Nak aku sebutkan nama ke? Boleh saja tapi ianya panjang dan aku malas nak tulis. Aku tulis nama singkatan sahaja kecuali ayah dan mak. Alright, ayah aku bernama Zainul Fuad Bin Ghazali, mak aku pula Nor Aini Binti Yaacob. Nama adik beradik aku start dari along sampai bongsu. Anuar, Nadirah, Ariff, Sakinah, Azman, Hanis, Hakim, Nabilah(aku), Azim dan Amir. 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Apa yg aku nak ceritakan ialah family aku yg semakin bertambah dan menjadi berkurangan. Mesti tak fahamkan apa maksudnya. Tak apalah, mari aku ceritakan. Family aku semakin lama semakin banyak because we have one brother-in-law, 2 sister-in-law and 5 niece(all girls). 3 orang sudah kahwin dan 7 orang masih bujang. Yang 3 orang sudah mempunyai kehidupan sendiri jadi mereka tinggal di tempat lain, jauh dari kampung Mentakab. 7 orang ni pula, lebih kurang saja. Kakak aku yg bernama Sakinah sekarang ada di rumah, tengah tunggu waktu untuk dia buat pratical. Abang aku Azman, baru habis belajar, aku rasa sekarang dia tengah memohon nak sambung belajar. Abang aku Hanis pula belajar di UiTM Dungun, Terengganu. Hakim pula belajar di UiTM juga tapi di Kuantan. Aku dan Azim belajar di SMJK Hwa Lian, kami tinggal di rumah saja. Manakala adik bongsu aku pula belajar di MRSM Muadzam Shah.
Jadi sekarang ni di rumah ada 6 orang sahaja termasuk my parents. Daripada 12 orang tinggal 6 orang sahaja. Nanti kalau kakak aku Sakinah dan abang aku Azman sudah ke tempat lain tinggal 4 orang sahaja. Sedih tak.  Memiliki keluarga yg ramai memang best especially masa hari raya. Memang riuh, nak tahu macam mana riuh tu. Riuh macam waktu rehat di sekolah, hahaha, riuhkan. Tapi  bila tak ramai teramatlah boring.
Bila aku sudah sambung belajar di tempat lain nanti, hanya akan tinggal 3 orang. Tapi aku dengar cerita, adik aku Azim nak masuk sekolah sukan, tak tahulah dia dapat masuk ke tak. Tak mohon pun lagi, dia baru mohon kat ayah dan mak. Cikgu-cikgu pun suruh dia jangan pindah sebab dia boleh mewakili sekolah, naikkan nama sekolah.
Well, I guess, I think that I better stop here. Thanks for reading. Those who are cry thanks, I appreciate it. And those who not cry, thanks also.
Assalamualaikum...

Monday, 23 July 2012

Untuk kenangan...

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak cerita tentang chocolate Cloud 9. Aku sengaja nak ceritakannya dalam blog ni untuk kenangan. Mungkin bila aku sudah dewasa, aku boleh baca untuk mengingatinya,
Chocolate Cloud 9 ni di beri oleh seorang guru yg bernama Puan  Lee Bee Leng, haha, siapa lagi kalau bukan mak kepada Ng Shao Min tu lah. Dia bagi pada semua pelajar 4 Clever pada hari Jumaat 20/7/2012. Cikgu ni memang pelik, kadang-kadang dia baik, kadang-kadang dia kejam.
Lagi satu sebab kenapa aku nak tulis dalam blog ni ialah, walaupun cikgu sudah lama bagi chocolate ni tapi sampai hari ni aku tak makan-makan lagi. Aku tak ada mood nak makan. Bayangkanlah, aku puasa, lepas berbuka kenyang dan aku rasa chocolate ni tak muat untuk masuk dalam perut aku. Tapi aku akan cuba usahakan untuk makan.
Cerita aku kali ni tak panjang. Tapi at least hati aku lega sebab dapat update blog. Baiklah, sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Sunday, 22 July 2012

Kawan Baru...

Assalamualaikum...
Guess what. Semalam aku ada cerita tentang budak perempuan yg bernama Intan di Kampung Sentang. Aku sudah jumpa facebook dia. Nama facebook dia tak ada perkataan Intan sbb tulah aku susah nk cari dia. Sebelum aku bagi tahu nama facebook dia, biar aku ceritakan sedikit apa yg berlaku semalam.
Pada suatu hari panas, aku, ayah, nenek dan mak Ngah telah pergi ke Kampung Sentang untuk memberi duit fidyah. Banyak rumah yg kami pergi, semestinya kenalan nenek, mak Ngah dan ayah aku. Rumah terakhir yg kami kunjungi ialah rumah mak cik Roslah. Kami memberi salam banyak kali namun tak ada seorang pun keluar. Beberapa saat kemudian ada orang yg menjawab salam. Semasa tuan rumah sedang on the way nak menyambut kami, aku ternampak bayang-bayang aku di halaman rumah tersebut. Aku rasa tak pernah lagi memiliki gambar bayang-bayang aku. So, aku pun ambillah gambar. Lepas ambil gambar tu ada orang tegur aku. Dia cakap "Ambil gambar bayang-bayang."

Lepas tu aku pun menoleh ke belakang dan mendapati orang yg tegur aku tu ialah lelaki yg berjanggut, berkulit putih. Aku hanya tersenyum malu dan kemudian aku mencari ayah aku. Ayah aku sudah berada di tempat lain aku pun segera mendapatkan ayah aku. Hahaha...malunya aku. Ayah aku ternampak pokok jambu batu, jadi ayah suruh aku ambil gambar. Lepas ambil gambar tu ada seorang lelaki tapi bukan lelaki tadi. Dia cakap gaya aku ambil gambar seperti orang profesional. Mana tidaknya, aku guna camera Nikon D5000, bayangkanlah kalau aku guna camera ayah aku yg berwarna pink, seperti dalam gambar di bawah ni.
Sudah tentu aku tidak puji begitu. aku pun tersenyum malu sajalah apabila dipuji. Lepas tu ada sorang mak cik ni dia tanya aku, minat kamera ke? Aku pun jawablah ya. Then dia tanya pula sekolah tingkatan berapa? Aku jawab tingkatan 4. Oohhh...sama dgn Intan tingkatan 4, dia pun minat dgn kamera. Di sekolah dia masuk kelab fotografi, mak cik berkata-kata. Siapalah Intan ni yek? Aku sudah boring dengar nama Intan ni. Tak lama kemudian mak cik tu cakap dgn aku yg Intan ada di belakang rumah. Dia suruh aku jumpa Intan then ambillah apa-apa gambar yg menarik. Aku no hal nak pergi jumpa Intan tu tapi temankanlah. Ingat aku berani ke nak jumpa dia sorang-sorang. Tak ke pelik nanti tiba-tiba orang asing nak berkenalan. Berapa minit kemudian mak cik tu ajak aku pergi belakang rumah, aku follow jelah.
Masa jumpa dia tu, dia sedang menolong kakak dia buat hiasan untuk kelas sambil mendengar lagu di laptop. Aku suka cara dia nak buat hiasan tu. Nak tahu macam mana, dia buka Microsoft Word then dia tulis besar-besar lepas tu tekap pada kertas. It's nice to meet Intan. She is not cute but pretty, seriously. She also friendly and kind. Kita orang banyak berborak tentang kamera, of course. PMR dia dapat 5A, okay, she is quite smart. Dia cakap sejak tahun lepas dia masuk kelab fotografi, banyak benda yg boleh belajar tentang kamera. Dia ada tanya aku sama ada aku ada masuk kelab fotografi. Aku jawablah tak, and ingat nak masuk tahun depan. Kalau tahun ni aku orang pertama untuk permainan badminton, tahun depan aku akan cepat-cepat untuk fotogafi pula. Kalaulah aku tahu awal-awal ada kelab fotografi memang aku akan masuk.
Sudah banyak berborak tu, lelaki yg tegur aku tadi datang kat kita orang. Hah, inilah budak yg ambil gambar bayang-bayang tadi, lelaki tu berkata-kata. Lah, dia ke? Intan bertanya. Wah cepat betul cerita aku ambil gambar bayang-bayang ni tersebar.
Baiklah, habis sudah ceritanya. Ni nama facebook dia Rayne White. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.
Assalamualaikum...

Saturday, 21 July 2012

Kampung

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak menceritakan seharian waktu saya di Kampung Sentang. Yg tak tahu tu silalah ke Google Map, aku malas nak detail kan di mana Kampung Sentang ni. Aku ceritakan dari awal okay?
Pagi tadi around pukul 10.20 pagi, ayah aku cakap dgn abg De yg ayah nak keluar pergi Kampung Sentang sbb ada urusan tertentu. Aku yg ada di situ terkejut sbb aku pun nak ikut pergi Kampung Sentang tu. Nasib baiklah ayah aku baik hati kasi aku ikut sama. Lepas tu pun terus berlari nak bilik then turun untuk mandi. Tak tahulah berapa lama aku mandi, tapi yg pastinya sekejap. Around 10.45, kita orang gerak. Antaranya, bagi duit fidyah pada orang kampung. 3 kali(1 tahun sekali) sudah aku ikut ayah aku pergi Kampung Sentang untuk bagi duit fidyah. Yg pergi Kampung Sentang hanya 4 orang sahaja iaitu, ayah, aku, nenek dan mak saudara aku. Masa on the way pergi tu, aku tak tahulah asal aku ngantuk sangat. Banyaklah rumah yg kita orang pergi tapi aku nak share 2 rumah sahaja.
Rumah pertama yg aku share ialah, ada seorang moyang lelaki yg berumur 102. Beliau lahir pada tahun 1911. Apa yg pelajari tentang diri moyang ni ialah, dia tak nyanyok, masih boleh membaca Al-Quran, masih ingat waktu Tanah Melayu di jajah, ingat bila dia pergi Mekah. Korang tahu tak bila sakit sbb accident atau apa-apa sajalah mesti susah sikit nak gerak tangan dia orang kan? Tapi moyang ni tangan dia laju je. Dalam hati aku tak henti-henti sebut 'wow, amazing, unbelievable'.
Rumah kedua pula ialah rumah terakhir yg kami lawati. Rumah kedua ni tak ada apa-apa yg berlaku sangatlah cuma masa kami tengah duduk tu ayah aku nampaklah buah jambu batu. Ayah aku suruh aku ambil gambar, aku pun ambil lah dgn mengunakan kamera kakak aku iaitu Nikon D5000. Ini dia gambarnya.
Lepas tu ada seorang mak cik ni dia tanya aku, minat kamera ke? Aku pun jawablah ya. Then, dia tanya pula sekolah tingkatan berapa? Aku jawab tingkatan 4. Oohhh, sama dgn Intan tingkatan 4, dia pun minat kamera juga, kat sekolah dia masuk kelab fotografi, mak cik tu berkata-kata. Dalam hati aku pun tertanya-tanya siapa pula Intan ni? Mak cik tu pun menyambung, dia ada kat belakang tu, pergilah. Dalam hati lagi, aku ok je nak pergi tapi temankanlah, mak cik ni suruh aku pergi sorang-sorang, seganlah aku. Tak lama kemudian dia ajak aku ikut dia jumpa Intan.
Well, bila aku jumpa dengan Intan, rupa dia tak comel tapi cantik. Dia belajar di Teknik Kuantan. Masa aku jumpa dia tu, dia tengah menolong kak long dia buat hiasan untuk kelas(mungkin). Akrab sungguh dia dengan kak long dia. Macam-macamlah kita orang borak. Bila sudah nak balik tu, masa di depan pagar tapi belum masuk kereta lagi, aku teringat 3 perkara yg patut aku buat dgn Intan tadi. Dalam hati aku mengeluh, alamak facebook, alamak nombor telefon, alamak gambar kenangan. Adoi, masa tu aku tension, aku nak pergi balik kat dia, tapi ayah sudah terburu-buru untuk balik. Masa dalam kereta tu aku memang marah dgn diri sendiri dan menyesal. Aku sudah cari dia di facebook tapi tak jumpa. Aku cakap dengan ayah aku pasal ni. Ayah suruh SMS ke mak saudara aku. Suruh tolong mintakan facebook Intan tu. Sekarang ni aku masih menunggu SMS dari mak saudara aku. Bila sudah jumpa, aku akan share kan lagi.
Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku. Untuk mengetahuan korang, aku masih lagi rasa menyesal. Terima kasih kerana sudi membaca. Haus aku di buatnya semasa di Kampung Sentang. Tapi masih ada tenaga untuk bertahan.
Assalamualaikum...

Sweet Couple

Assalamualaikum...
Tajuk post saya pada awal pagi satu Ramadhan ialah 'Sweet Couple'. First of all, I'm single and I don't like to to couple. Mesti korang ingat aku nak cerita pasal lelaki kan? Taklah, bukan pasal lelaki, tapi posing dlm gambar antara perempuan dgn perempuan. Mesti ingat lesbian pula kan? Bukan juga. Aku nak kongsikan gambar aku dgn anak saudara aku yg kedua yg bernama Nur Sarah Atiqah binti Helmi, yg berumur dua setengah tahun(mungkin). Aku sengaja buat posing macam orang couple, lagi pun anak saudara aku tak kisah pun. Baiklah, ini dia...

Gambar ni ada kesilapan sedikit. Sepatutnya aku pegang pinggan dia bukannya peluk dan Sarah pun sudah buat kesilapan. Sepatutnya kedua-dua tangan dia peluk leher aku tapi satu tangan saja. Lagi satu tangan tak sampai.

 Comel anak saudara aku tu. Dia buat peace kat mata dia.

Thanks to our camera men iaitu my younger brother, Zainul Azim Hazwani. Cerita aku kali ni tak panjang kan? Sebenarnya aku tak ada idea nak post apa tapi hati aku tetap berkeras untuk post something. Aku fikir punya fikir, dapat sudah idea. Inilah dia. By the way, aku nak promote kakak  aku punya blog. Mama kpd si Sarah ni. Click here. Baiklah sampai di sini sahaja cerita aku. Thanks kepada yg sudi membaca dan yg menguap(sbb boring).
Assalamualaikum...

Friday, 20 July 2012

When I was Younger...

Assalamualaikum...
Tajuknya 'When I was Younger' teringat pula pada lagu Paramore yg bertajuk The Only Exception. Dalam lagu tu ada perkataan when I was younger. By the way, macamlah aku ni tua sangat sbb perkataan 'When I was Younger' tu (got it?). Gambar aku semasa masih kecil tak banyak macam adik beradik aku yg lain. Tak tahulah kenapa, mungkin aku tak friendly dgn kamera kot, tapi macam tak mungkin juga sebab bila aku tengok gambar-gambar aku, aku rasa macam aku ni friendly saja dgn kamera. Tak kisahlah apa pun sbbnya gambar aku tak banyak. Baiklah, aku nak share kan gambar dan bercerita satu per satu gambar yg akan aku kongsikan. Tak banyak but several, here it is...
Dalam gambar ni aku tak tahu apa yg berlaku, aku cuma tahu di mana gambar ini di ambil, iaitu di bilik belakang. Seperti yg aku katakan di atas tadi, aku friendly dgn kamera. Ni aku rasa mungkin aku nak ambil kamera tu dari ayah aku then aku nak masukkan dalam mulut. The reason is because aku rasa waktu aku mungkin berumur 1 tahun, mungkin.

Dua gambar ni pula, aku rasa aku tengah baiki computer tu sbb tulah aku jadi hacker kot. Cuba korang perhatikan gambar aku yg tak pandang camera tu. Aku bayangkan computer tu rosak, lepas tu dgn kepakaran yg telah dianugerahkan aku pun baikilah computer tu. Tengok gambar yg bawah dia pula. Sudah keluar 'Windows' dgn senyuman gembira aku. Dan kalau korang perasan dinding bawah langsir tu penuh dgn lukisan orang yg tak berbakat (tapi bila semua sudah besar, semua berbakat).
Ni lagi satu bukti yg aku ni friendly dgn kamera. tengoklah senyuman aku, posing aku dan ermm... Aku tak ingat ni pantai mana tapi aku rasa Kuantan. Ada lagi satu gambar, aku posing dgn dua orang abang aku iaitu Hanis dan Hakim. Baik hati sungguh mereka pegang tangan aku. Aku berdiri tengah-tengah pula tu.
Gambar ni memang akan always di hatiku. Itulah port aku tidur. Sebenarnya tempat tu untuk letak baju, nampak tak, ada baju, kakak-kakak aku punya lah tu. Aku tak tahulah kenapa aku suka sangat tempat tu. Aku memang sedih bila ayah aku cabut benda tu, sekarang sudah tak ada lagi. Sudah ada tempat aku melepak.
Gambar ni pun aku tak tahu what is going on. Tapi masa pemilihan untuk masukkan gambar ni dalam blog ni aku nampak gambar ni, dan bagi aku ianya comel dan posingnya cantik(bangga diri kejap). Other reason is background yg gelap dan baju aku yg putih. Something like....well, I don't know. Just guess it by yourself.

Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku kali ini. Harap korang suka dan terima kasih kerana sudi membaca. Aku tahu yg aku ada bangga diri dalam post ni, jadi I hope that you all don't mind.
Assalamualaikum...

Thursday, 19 July 2012

Duit, duit, duit

Assalamualaikum...
Aku memang suka simpan duit. Sangat suka. Suka sejak tingkatan 1 sebab masa di kuantan aku ternampak sebuah kereta yg aku idam-idamkan sejak darjah dua iaitu Mercedes Benz . Itulah pertama kali aku jumpa kereta tu. Kereta tu memang 2 pintu tapi atapnya tidak dibuka. Itu agak mengecewakan aku, atau mungkin sangat, tapi tak sangat cuma agak. Mengelirukan ke? Tak apa ketuk kepala 3 kali nanti oklah tu.
Sejak pada hari itu aku bertekad untuk simpan duit untuk beli kereta tu. Kalau aku belajar rajin-rajin, dapat kerja yg bagus dengan gaji yg tinggi mesti aku dapat beli. Tapi aku rasa tak  mungkin, jadi aku telah buat Plan B iaitu duit simpanan. Tapi aku tetap merasakan yg aku tetap tak dapat nak beli kereta tu. Harga kereta tu lebih dari setengah juta, macam mana aku nak dapat duit sebanyak tu?
Okay, kereta ni pula aku sudah bosan nak tengok sebab kat mana-mana saja aku pergi mesti ada kereta ni. Sorry to say lah, I'm not interested at all to this car. Walaupun sama Mercedes tapi tetap tak suka sebab ada 4 pintu.
Baiklah, saya rasa sampai di sini saja cerita saya. Sepatutnya saya tak update apa-apa sebab ada urusan peribadi (maaf rahsia), tapi disebabkan sudah agak lama tak update jadi aku luangkan sedikit masa untuk cerita ni. Terima kasih keraa sudi membaca.
Assalamualaikum...

Sunday, 15 July 2012

Rambut

Assalamualaikum...
Rambut merupakan salah satu hobi dan minat aku. Aku tidak berminat utk menyimpan rambut panjang-panjang bahkan rambut yg separas dengan bahu pun aku sudah rimas. Aku lebih sukakan rambut pendek. Ada juga orang yg cakap aku ingin menjadi seorang lelaki. Salah tu, rambut pendek memudahkan pergerakan aku kerana aku seorang suka bergerak, dlm erti kata lain tak mudah duduk diam(agak la). Aku suka buat rambut macam lelaki, korea mungkin. Artis lelaki korea ni aku suka rambut sahaja bukan nyayian dia orang, aku ni bukannya peminat K-Pop.
Kenal tak siapa ni? Nilah dia Ng Shao Min. Rambut dia betul-betul buat aku cemburu tapi yg peliknya rambut mak dia iaitu Cikgu Lee Bee Leng lebih kurang sama saja dengan anaknya ni, bezanya anaknya panjang sikit sahaja dari maknya tapi kenapa aku sedikit pun tak tertarik dengan rambut mak dia.
Biar aku cerita something sikit dengan korang ek. Beberapa hari yg lepas aku ada menulis tentang rambut Shao Min ni dalam blog ni yg bertajuk 'Usha'(sila tekan), ada beberapa sahabat perempuan aku cakap yg aku ni seorg lesbian. Ini betul-betul menaikkan darah aku. Padahal dia orang sudah kenal aku lebih dari 3 tahun dan setiap tahun aku mesti potong rambut pendek. Sudah sah-sahlah aku sukakan rambut pendek.
Bila dia orang cakap aku macam tu apa lagi aku pun marahlah aku cakap 'kalau betul korang ni memang kawan aku, korang patut tolong aku untuk kembali ke jalan yg betul!'. Lepas tu ada ke patut dia orang jawab, 'kalau sudah lesbian tu memang susah nak tolong.' Masa tu darah aku betul-betul naik secara mendadak.
Tapi nasib baiklah kawan lelaki aku yg tolong aku settle kan masalah. Ada ke patut lelaki tolong perempuan yg lesbian? Aku rasa perempuan patut tolong perempuan, lagi-lagi ni masalah lesbian. Buat malu perempuan saja korang ni. Lepas tu berialah minta maaf kat aku. Aku memang betul-betul berterima kasih pada kawan lelaki aku tu. Tapi yg peliknya kawan-kawan kat sekolah aku yg boleh aku katakan baru aku kenal tak ada pula yg cakap aku macam tu, bahkan dia orang percaya yg aku bukan macam tu.
Ek eh, tadi aku cakap nak cerita sikit saja tapi sudah terpanjanglah pula. Anyway, thanks for reading and please don't say that I am a lesbian. I'M NOT LESBIAN ! I am PURE FEMALE ! Remember that ! Terima kasih kerana sudi membaca dan memahami. Saya minta maaf kalau cerita saya kali ini menyakiti perasaan korang. Saya tidak bermaksud utk menyakiti kamu semua.
Assalamualaikum...

Saturday, 14 July 2012

Deruan Damai, Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum semua...
Masa pertama kali aku mendengar nama tempat iaitu Janda Baik, aku menggaru kepala aku yg tidak gatal kerana hairan. Sebab setahu aku janda tu status utk org yg sudah bercerai dgn suaminya, tambah pula ada perkataan 'Baik'. Baik sangat ke janda tu sampai org ramai mengelar tempat tu Janda Baik. 
Itu beberapa tahun lepas sebelum aku jejak kaki di Janda Baik. Beberapa tahun lepas tu(aku sekolah rendah), kitaorang satu family dengan adik-beradik ayah aku yg lain decide nak bercuti di Deruan Damai, Janda Baik, Pahang. Deruan Damai ni dimiliki oleh adik bongsu kepada nenek belah ayah saya yg punya (harap faham), yg bernama Dato'Helmi.
 Ni Main Entrance....
 Rumah Ibu... Di sini ada 3 bilik. Satu bilik paling besar dan 2 lg tu, besar juga, tapi luasnya di bahagi 2 dgn bilik paling besar tu =) Bilik paling besar tu milik empunya chalet ni, Dato' Helmi
 Ni kerusi yang menyambut anda di Rumah Ibu
 Ni pemandangan salah satu bilik antara 2 bilik besar tadi.

 Dan bilik airnya yang cantik dan besar.
 View dari bilik di Rumah Ibu. Boleh terus nampak meeting room dan 4 buah chalet.
 View dari ruang makan. Meeting room dan 3 buah chalet, sebenarnya ada 4 tapi lagi satu tak dapat nak ambil gambar... :)

 Toilet di dalam chalet pun cantik. Saya sukalah dinding tandas tu. Kalau terhantuk tu, conform luka dan akan memberikan senyuman yg lebar sambil sambil sebut perkataan terbaik. (just kidding)
 Tempat makan. Masa aku first time datang sini ruang makan ni tak ada lagi.
 Dari tempat makan terus boleh nampak pondok memancing dan kolam pancing...
 Dapur dan ada tv yang besar di situ.
Tandas awam pun dilengkapi water heater. Aku pernah mandi di sini dengan cousin aku yg bernama Nur Liyana Najwan. By the way she also got a blog. Don't forget to follow her. (promote sepupu aku kejap)

Sudah 3 atau 4 kali aku datang sini tapi seriously memang tak membosankan. Dengan adanya udara yg segar dan sejuk sedikit, kolam memancing(ikan talapia merah), sungai dan macam-macam lagi. Tapi, I think it's almost or more than 2 years aku tak jejak kaki di sini.
Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Kepada yg berminat tempat ni pandai-pandailah contact pemiliknya, saya tak akan tolong. Hahaha(gelak jahat). Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Blog baru ni

Assalamualaikum...
Kepada yg selalu buka blog lama aku tu mesti tertanya-tanya kenapa aku buat blog baru then delete blog lama. Aku buat bersebab bukan suka-suka atau tamak. Kebanyak daripada sebab-sebab tu ade yg aku tak boleh nak jelaskan dan ada juga yg boleh aku jelaskan. Baiklah, biar saya bagi tahu.
Pertama sekali, bila aku post something ruangan untuk kamu semua baca kecil jadi ia akan memanjang ke bawah, aku nak lebarkan tapi tidak berjaya. Dengan blog baru ni berjaya melebarkannya.
Kedua pula, aku rasa kebanyakkan daripadapost aku merepek dan terlalu pendek. Sekarang ni suka post cerita yg panjang lebar. Kalau pendek aku akan kembangkan.
Ketiga pula, aku merasakan semua yg aku buat untuk mencantikkan blog ni kebanyakkannya tidak menepati cita rasa aku.
Aku harap kamu semua faham dengan apa yg aku buat ni. Dan tolonglah jangan cakap aku yg bukan-bukan. Terima kasih kerana sudi membaca dan memahami.
Assalamualaikum...

Friday, 13 July 2012

Kereta

Assalamualaikum semua...
Aku memang sukakan kereta. Semestinyalah kereta yg mahal. Murah siapa yg mahu. Aku suka 3 jenis kereta. Kalau boleh kereta apa pun yg aku beli nanti, aku nak warna ungu. Aku minat 1 jenis Mechedes Benz dan 2 jenis BMW.
Kereta ni namanya Mechedes Benz SLR Mclaren. Kelebihan kereta ni boleh buka atap dan pintunya pula naik ke atas seperti dalam ni. Aku memang sukakan kereta yg memiliki dua pintu. Sejak aku darjah 2 lagi aku memang syok kat kereta ni.

Ni kereta 4 pintu yg aku suka. Apa kelebihan kereta ni aku tak tahulah. Yg aku tahu body dia cantik dan smart.

Aku juga sukakan kereta yg tinggi. Kat Malaysia ni tak ramai orang guna kereta yg tinggi macam ni. Selalu kalau kereta tinggi, orang akan pilih Grand Livina, Alza dan seumpamanya.
Tapi kereta yg aku minat ni semuanya mahal. Jadi aku telah buat pilihan lain. Seandainya aku tidak berjaya memiliki ketiga-tiga kereta di atas ni, sekurang-kurang aku dapat memilik kereta ini.
 Mesti kamu semua kenal kereta ni kan? Proton Perdana, this is one of my favourite car.


Baiklah, sampai disini sahajalah cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum...

Laju

Assalamualaikum semua !
Bila sebut laju mesti orang akan fikir tentang berlari. Cerita saya kali ini memang ada kena-mengena dengan berlari.Kelajuan aku dalam larian memang semakin menurun dan aku rasa ianya sangat ketara bagi aku tapi tak tahulah sama ada orang lain perasan atau tidak.
Bila berjalan aku lah yg paling laju. Aku selalu meninggalkan kawan aku kat belakang. Ada yg cakap aku terlalu laju tapi aku rasa aku jalan perlahan saja dan menurut aku pula, mereka yg jalan lambat. Aku memang tak suka kalau orang jalan lambat-lambat, menghalang laluan aku dan seumpamanya yg boleh melambatkan pergerakan aku.
Tapi bila menulis pula, aku antara orang yg lambat, begitu juga dengan makan. Kenapalah dengan aku ni. Sepatutnya berlari perlu laju dan bila berjalan perlu perlahan. Agaknya masa berlari aku buka langkah yg kecil, bila berjalan aku buka langkah yg besar. Adakah betul apa yg aku cakap ni? Rasanya cuma aku yg boleh jawab soalan ni.
Aku juga sering kali jatuh tangga sebab setiap kali aku turun atau naik tangga mesti berlari. Mak dan ayah aku sdah banyak kali pesan. Walaupun sudah banyak kali jatuh tangga, aku tidak pernah serik untuk berlari semasa turun dan naik tangga.
Baiklah sampai di sini sajalah cerita aku kali ini. Harap kamu semua suka. Sebanarnya ada lagi 2 buah cerita yg aku ingin kongsikan tapi aku cerita pada hari lain okay. Aku tak suka post banyak-banyak tajuk pada hari yg sama. Terima kasih kerana sudi membaca. AISHITERU !!!
Assalamualaikum...

Satria Is The Champion !!!

Assalamualaikum semua...
Hari ini ialah hari Khamis 5/7/2012 merupakan hari sukan di sekolah. Tajuk hari ini ialah 'SATRIA Is The Champion !!!' Satria telah mendapat juara keseluruhan empat kali berturut-turut termasuk tahun ini. Satria ialah warna kuning, Semangat warna biru, Suria pula warna merah dan Sarjana warna hijau. Satria maksudnya pahlawan, memang banyak pahlawan (atlet) pun dalam Satria. Macam biasalah guru-guru dan murid-murid akan bertungkus-lumus untuk berjuang demi rumah sukan masing-masing. Khemah rumah sukan pula memang cantik. Satria buat corak serangga lebah, Suria buat pahlawanlah (maksud nama Satria ni !), Semangat pula buat lanun dan Sarjana buat ala-ala flora gitulah.






Gambar ni pula khemah rumah sukan. Semuanya cantik tapi Semangat yang menang dalam kategori hias khemah ni.




Untuk rumah sukan yg lain tu sorry to say lah aku tak tahu siapa ketua rumah sukan korang. Yang aku tahu seorang ini saja iaitu anak cikgu Lee Bee Leng iaitu Ng Shao Min. Ibu dan anak ni sama saja Satria. Aku ingatkan dia ni tak ada masuk apa-apa acara rupanya dia masuk 4x400m, tarik tali, 800m yg lain tu aku sudah lupa. semuanya dapat pingat tu, hebat ke habat? Mestilah hebatkan. Renang pun dia pandai apa. Kalau tak percaya ini buktinya.




Ini adalah jumlah mata rumah sukan. Kesian aku tengok Sarjana, dapat ke kumpulan Sarjana ni kejar tiga rumah sukan.
Lepas Satria di umumkan juara keseluruhan semua budak bersurai dengan muka hampa kecuali Satria yg masih berada di astaka utk ambil gambar atas arahan Ng Shao Min. Jadi saya akan kongsikan gambar yg diambil oleh aku dengan menggunakan kamera ayah aku. Peace yaw ! Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku tentang hari sukan di SMJK Hwa Lian. Bye, Assalamualaikum.