Free Dragonball Z 5 Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 20 December 2012

Kelam Kabut

Assalamualaikum...
Semalam (Rabu, 19 Disember 2012) merupakan hari sibuk + kelam kabut. Sebabnya, my parents, abang De, kak Aya dan Husna akan pergi bercuti di Indonesia. Mereka akan pulang ke Malaysia pada 23 Disember 2012. Tentang aku, Azim dan Amir pula, kami akan tinggal di rumah Angah.

Rancangan awalnya, kami sepatutnya bertolak ke rumah Angah lepas Zohor sebab kapal terbang pukul 10, tapi kena sampai di airport around pukul 8. My mom kejut aku pagi around pukul 7 mungkin. My mom cakap kak Wany iaitu sister in law yg berkahwin dgn along aku, dia punya mak sudah meninggal dunia. Kami semua bersiap-siap, pakaian, makan dan seumpamanya. Kami gerak pergi ke Melaka around pukul 10.30 pagi. Kami semua ada 8 orang tapi yg pergi ke Melaka cuma 6 orang. Abang De dan Azim ada hal yg perlu di sattle kan. Azim akan pergi ambil keputusan PMR dia, abang De pula perlu pergi ke Kajang.

Kami sampai di kubur around 14.30, masa tu mayat sudah pun di tanam. Dalam ramai-ramai orang tu aku hanya nampak 2 orang saja yg menangis iaitu kak Wany dan seorang lagi aku tak kenal, yg tahu dia tinggal di Singapura. Lepas habis baca doa, kami pergi rumah kak Wany. Masa my mom dgn kak Wany berpeluk, kak Wany nangis dgn kuat, tak la kuat sangat. Mukanya seperti hilang semangat dan harapan.

Around pukul 16.30 kami bergerak pergi ke rumah Angah. Bila kami sampai tu, angah belum balik kerja lagi. Tak sampai 5 minit, aku ternampak kereta Honda kepunyaan suami Angah iaitu abang Helmi. Masa tu pukul 6 lebih kut. Lepas tu kami mandi, solat, makan dan berborak-borak. Tugas aku ialah untuk memandikan 3 orang anak saudara aku ni. Nasib baik anak saudara perempuan kalau lelaki belum tentu lagi aku nak mandikan. Aku bukannya mandikan mereka satu per satu tapi 3 sekali gus. Tengok mereka bertiga mandi aku pun teringin nak join tapi tak bolehlah, sebab aku uzur, nanti si Safiyyah (4 tahun lebih) pelik sebab nampak darah.

Kami iaitu Ayah, Mak, Abg De, Kak Aya, Husna, kak Teh, Alang, Nabilah, Azim dan Amir pergi ke airport  LCCT di Sepang. Aku sangat kecewa sebab tak dapat jumpa Shila Amzah, aku ingatkan kita orang akan pergi ke KLIA rupanya LCCT. Shila Amzah akan ke US sebab ada pertandingan. Kami pun bersalamlah dgn 5 orang yg akan ke Jakarta, Indonesia. Tengok gambar di bawah ni. Ini bukannya aku edit atau seumpamanya tapi ini adalah benar. Kalau korang perasan perkataan 'Like', 'Comment'  & 'Share' tak ada sebab ni aku crop. Kalau nak diikutkan, masa ni aku adalah commenter yg terakhir tapi sekarang ni tak dah. Kalau tak percaya korang boleh buka facebook Shylla ni dan ini memang hak milik dia 100%.


Baiklah, sampai di sini saja cerita aku pada kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Sekian...
Asslamualaikum...

Saturday, 8 December 2012

Today, Funny...

Assalamualaikum...
Malam ni aku nak berkongsi tentang sesuatu yg berlaku pada aku hari. Sesuatu yg agak funny, bolehlah, bagi aku tapi korang aku tak tahu. Baiklah, aku nak mula dari bangun tidur sampailah entah, hahaha. Tengok keadaanlah ya.

Bangun tidur around pukul 6.20 pagi sebab my mom kejut suruh solat. Aku terus bangun, tak adalah nak berlegah-legah sebab takut nanti mak bising. Siap solat around 6.35 pagi, then sambung tidur, dapatlah aku tidur 1 jam, mungkin. Around 7.30 pagi my mom kejut lagi sebab suruh siap-siap nak breakfast. After breakfast aku masuk dalam bilik, dekat 2 jam jugalah aku kat dalam bilik. Aku buat apa ye? Hehehe, biarlah rahsia. Around pukul 10.30 pagi, aku turun, aku nampak my dad tengah kupas pisang, ni tak lain dan tak bukan nak buat cerepek pisang la ni. My mom la yg buat, my dad tukang kupas kulit pisang. Dua orang adik aku pula angkat periuk-periuk sebab ayah aku nak buat projek baru. Masa dia orang angkat tu, aku nampak lah otot-otot Azim, aku pun cakap, "Fuyoh! Iron Man.", dia suka Iron Man. Lagi seorang adik aku pula iaitu Amir, otot dia lembik, tak timbul langsung, aku pun cakap dengan Azim "Kalau awak Iron Man, Amir Cicak Man." sebabnya dia kurus, lebih kurus dari aku, makan pula, aku lagi banyak dari dia.

Around banyak betul around pukul 12 tengah hari, aku mandi lambat tak aku  mandi? Ni okay lagi biasanya lagi lambat sebab ada kenduri di taman KSM di Mentakab, kepada yg tak tahu, aku lagilah tak tahu macam nak kasi tahu tempat ni. My parents punya friend punya anak lah yg pasti yg kahwin. My mom cakap yg lelaki tu (menantu) pelakon. Aku pandang saja lelaki tu sebab aku nak tengok betul-betul muka dia. Aku syak seorang saja, iaitu pelakon drama bersiri di Astro Ceria yg bertajuk Cuak. Tapi aku tak pasti lagi sebab dia jauh.

Aku dan adik lelaki aku yg bernama Azim pun berfikir dengan logik iaitu, mesti pelakon ni tak popular sebabnya ialah biasanya kalau orang terkenal buat kat dewan besar, cantik dan seupamanya tapi ni di atas jalan bertar, oh please lah. Another reason is, mana pergi wartawan ke, cameramen yg selalu ambil video masuk TV, yg ada cuma cameramen yg ambil gambar, bukan video, itu pun 2-3 orang saja. Lagi satu, kalau dia pelakon kenapa tak ramai pun yg nak ambil gambar dengan dia, ada tu memang ada tapi selama aku di situ, aku cuma nampak seorang saja. Kalau sebelum dan selepas tu aku tak tahulah. Lama-kelamaan, aku dan Azim comform yg lelaki tu ialah pelakon Cuak tu, iatu Amerul Affendi.
Mesti ada beberapa orang antara korang yg akan cakap 'Rugilah tak ambil dengan dia', tapi bagi aku tak, jangan haraplah, even if dia sudah popular atau lebih popular dari Shila Amzah pun aku tak nak. Yg funny nya ialah, masa kat kenduri aku ternampak ada budak perempuan kecil, umurnya mungkin 4 tahun, panjat tembok, aku pun gelar budak tu sebagai Spider Woman. Hahaha, suka suki saja aku ni nak gelar orang macam tu.

Lepas tu pergi bandar beli beberapa keperluan rumah, dan alhamdulillah, perkara yg aku tunggu-tunggukan sudah pun berjaya dilaksaanakan iaitu potong rambut. Hehehe. Sepatutnya pada hari semalam iaitu Jumaat, tapi masa aku pergi tu, ada 3 orang, jadinya pergi hari esoklah iaitu hari Sabtu, hari ini. Masa aku datang tu, ada seorang perempuan, sedang cuci rambut. Nasib baik seorang jadi bolehlah tunggu. Aunty ni bagilah aku dan my mom 2 majalah URTV bulan berapa, aku tak pasti. Kedai gunting rambut ni bernama Wella yg berhampiran dengan TF Mentakab. Yang gunting tu orang cina, sebenarnya tak boleh bagi orang bukan Islam potong rambut tapi kat Mentakab ni kat mana ada kedai melayu, aku rasa tak wujud.

Bila dapat majalah URTV tu aku berfikir nak ambil yg mana ya, sebab aku cuma nak baca kisah tentang Shila Amzah atau Sharnaaz Ahmad, itu pun kalau adalah. Aku bagi my mom yg atas dan aku ambil yg bawah, malangnya, majalah yg aku ambil tak ada tapi yg my mom ambil ada. Dalam majalah yg my mom baca tu pun ada seorang artis yg aku tiru style rambut dia. Sebenarnya sudah lama juga aku fikir nak potong pendek macam mana, dengan melihat style rambut tu, memang sangat membantu aku. Mesti nak tahukan siapa artis tu. Semestinya artis melayu, tapi aku bukannya peminat dia. Nama dia ialah Alyah yg famous dengan lagu Tak mungkin Kerna Sayang pada suatu ketika dahulu.

Nampaknya cerita aku sudah panjang, jadi aku berhenti di sini sajalah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca post yg panjang labar ni. Sekian...
Assalamualaikum...

Thursday, 6 December 2012

Aneh Tapi Best part 2

Assalamualaikum...
Sekarang ni pukul 8.07 pagi, masih awal dan inilah waktu aku tak busy. Post terakhir aku cakap yg aku nak cerita tentang satu lagi kisah mimpi itu pun kalau aku tak sibuk, tak malas dan tak lupa. Well, aku memang aku tak sibuk, tak malas dan tak lupa, tapi sebenarnya aku nak cerita tentang mimpi yg lain tapi tetiba aku rasa mimpi yg baru aku mimpi ni lagi syok.
Ok, di fikiran korang mesti terfikir, siapa ni, macam kenal je. Dia ni Ng Shao Min yg sudah pun mengubah fesyen rambutnya. Dia luruskan rambut dan potong sikit rambut depan. Dan semestinya dia ada kaitan dgn mimpi aku. Oh tidak, bencinya! Aku rasa aku sudah boleh lupakan  rambut dia yg smart tapi kenapa dia dan rambut dia tu sering datang dalam mimpi aku, kenapa? Kenapa sebelum kau ubah rambut atau kau ikat rambut, jarang sekali kau datang dalam mimpi aku, tapi kenapa sekarang kau sering? Banyak betul tanda tanya, hehehe.

Sebelum tu, aku nak cerita sesuatu yg berlaku semasa aku di sekolah, belum masuk mimpi lagi. Dulu masa habis waktu sekolah, aku pernah ternampak Ng Shao Min pergi ke tempat mak dia selalu parking kereta, tapi malangnya kereta mak dia tidak ada di situ. Shao Min menoleh ke kiri dan ke kanan dan seolah-olah di fikirannya tertanya-tanya akan mana mak dia. Dia pun keluar dari sekolah, maksudnya balik jalan kaki, kesian. Masa ni dia belum lagi ikat rambut.  Dalam mimpi pula bersambung dengan kisah dia balik jalan kaki. Iaitu, aku hanya memerhatikan dia keluar dari sekolah, tiba-tiba ada pula kereta yg memecut dgn lajunya. Aku pun apa lagi, jadi heroin la. Hero untuk lelaki ok.

Aku hanya sempat selamatkan Shao Min saja, diri aku tidak. Aku dilanggar dan kehilangan banyak darah. Nasib baik darah aku, darah O, senang nak cari. Bila aku sedar (masih dalam mimpi), aku nampak 5 orang di sekeliling katil aku, iaitu my parents, Cikgu Lee Bee Leng, Ng Shao Min dan seorang doktor perempuan. Malangnya aku tidak kenal mereka semua, boleh dikatakan aku hilang ingatan. Aku dapat cuti selama 3 minggu, lepas tu aku harus ke sekolah semula. Bila di sekolah, kawan-kawan semua ambil berat pada aku, menjaga aku sehingga membuat aku rasa rimas. Lepas tu aku kena cari cikgu Lee Bee Leng, aku pergi berdua dgn kawan aku yg bernama Anati. Masa on the way tu, terserempak dgn Shao Min yg mengikat rambut. Yg si Anati ni pula, boleh pula suruh Shao Min lepaskan rambut. Malangnya lagi, aku tak ingat pun, aku pandang Shao Min dgn muka macam ni -_- sebabnya aku tak faham apa tujuan Anati tu.

Dia cakap aku suka rambut Shao Min. Shao Min yg terdengar pun terkejut. Beberapa hari lepas tu, waktu rehat Shao Min bawa dia punya laptop ke sekolah dan berjumpa dgn aku sebab nak tunjukkan gambar dia dgn aku, masa RIMUP raya dulu. Yang si Anati ni lagi sekali menyibuk, dia buka satu blog. Aku hairan sebab ternampak nama dan gambar aku. Rupanya itu adalah blog aku. Banyak yg aku sudah baca tapi satu pun tak ingat. Keesokkan harinya, aku berjalan perlahan-lahan nak masuk kelas. Masa di tengah blok bangunan B dan C, ada kereta Myvi hon kat aku, mungkin sebab aku jalan perlahan. Orang yg memandu kereta tu ialah cikgu aku, Nurul Amirah Binti Aman, cikgu kimia aku. Mana tidaknya, aku berfikirlah pasal semua cerita-cerita di dalam blog tu. Walaupun sudah kena hon sekali aku masih tercegat di situ, cikgu hon sekali lagi, aku masih lagi tercegat sambil memegang kepala. Cikgu hon kali ketiga pula, kali ni hon tu lama sikit, aku jatuh terduduk sambil memegang kepala dan menjerit kesakitan dan tiba-tiba pengsan.

Aku sedar saja, aku berada di hospital, kali ni ada 6 orang, 5 orang yg sama dan cikgu Amirah, mukanya cuak. Alhamdulillah, aku sudah ingat semuanya. Sebelum aku di langgar, orang yg memandu tu ada hon beberapa kali sebagai tanda amaran. Mungkin itu sebabnya aku pengsan. Itulah kisah yg baru aku mimpi pada hari ni. Aku pasti hari ni sebab aku tidur pukul 12 lebih sebabnya petang aku sudah tidur. Lepas tu aku mimpi benda lain, mimpi apa pun tak tahulah. Banyaklah mimpi aku pasal Shao Min tapi kebanyakkannya merepek dan aku tak ingat.

Baiklah, panjang sudah, jadi aku ingin mengakhiri cerita pada kali ini. Sekarang pukul 8.53 pagi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kisah pada kali ni. Sekian...
Assalamualaikum...

Sunday, 2 December 2012

Aneh Tapi Best

Assalamualaikum....
Sudah lama tak update blog ni kan. Mana tidaknya, kesibukan yg melanda padahal tak ada idea dan malas nak update. Ehem.. Baiklah, Apa yg aneh dan apa yg best ni yek? Aku nak kongsikan tentang mimpi aku. Hurm, ada 2 tapi tengok keadaan lah ye, sama ada aku nak kongsikan 1 atau 2 cerita yg berkaitan dengan mimpi. Jom baca kisah mimpi aku ni.

Pada suatu hari aku baru saja menonton kesudahan drama korea yg bertajuk 'He's Beautiful'. Sebenarnya cerita ni, cerita lama around 2 tahun lalu kut. Cerita ni tentang, hah, carilah sendiri di internet. Aku kesian lah pada yg tak pernah tengok tu, so, click here. Aku ni bukannya peminat K-Pop tapi di sebabkan Lee Hong Ki yg melakonkan watak Jeremy, so aku tengok, aku suka Lee Hong Ki (FT. Island). Okay, masa tu cerita He's Beautiful ni masih bermain di fikiran aku walaupun sudah habis, sampai ke malam la bayangan cerita ni di fikiran aku ni sehingga masuk ke dalam mimpi.

Dalam mimpi tu aku adalah pelajar universiti yg sudah habis belajar. Ramai kawan-kawan aku sudah pulang ke rumah masing-masing kecuali aku yg balik lewat beberapa hari sebab ada hal yg perlu aku settle kan. Sehari sebelum aku nak balik rumah, waktu pagi rasanya, ada seorang lelaki telephone aku, dia ni adalah abang aku yg bernama Nabil. Oppss... aku tak ada abang yg bernama Nabil. Tapi ni kan mimpi dan dalam mimpi tu aku ada kembar. Kiranya 11 orang adik-beradik. So, abang kembar aku ni pun minta tolong aku, tolong menyamar jadi dia. Aku mulanya tak nak sebab tak kan lah aku nak dedahkan aurat aku. Tapi aku terpaksalah sebab dia nak buat sesuatu yg penting dalam hidup dia, iaitu melamar awek dia, nak ajak kahwin, cewah.

Aku terpaksalah balik tengah malam + seorang diri, huh, menakutkan. Nasib baiklah dalam mimpi tu aku ada kereta sendiri iaitu mercedes idaman aku tu lah. Sampai rumah pula pukul 2-3 pagi kut, masa tu semua orang dalam rumah aku tidur kecuali Nabil. Kereta pula aku kena parking kat tempat lain sebab takut mission kantoi. Tidur pula kat bilik Nabil. Katil single, dan nasib baik dia tu baik hati sebab bagi aku tidur atas katil, dia pula tidur atas lantai. Pagi tu lepas mandi aku kena pakai pakaian dia, nasib baik tak ada orang pun yg perasan bahawa itu adalah aku, sebab masa tu aku rambut pendek. Tahu-tahu jelah kan, aku kan tak minat rambut panjang. Adik-beradik aku semua tiada di rumah, ayah pergi kebun di Chenor, maknanya yg sepatutnya ada di rumah hanya my mom dan Nabil je. My mom masa tu ajak aku pergi kenduri rumah kawan dia kat mana entah. Sebenarnya my mom ajak Nabil tapi kan dia ada hal yg penting sebab tu dia minta tolong aku. Kereta pula terpaksalah aku guna Nabil punya iaitu proton perdana, dia pula guna kereta aku.

Masa kat kenduri tu pula aku nak bersalam dengan 4 mak cik. 2 orang salam dengan aku, 2 orang lagi reject. Masa tu baru aku teringat yg aku ni menyamar jadi Nabil. Lepas tu aku ambil makanan then cari tempat duduk, tetiba ternampak 3 orang abang aku iaitu Azman, Hanis dan Hakim kat satu meja ni. Hanya 3 orang saja di meja tu. Aku duduk sebelah Azman manakala Hanis dan Hakim jauh sikit. Abang aku Azman ni, aku panggil dia Alang. Then Alang pun tanya lah, kau ni nyanyok ke apa pergi salam mak cik tu. Aku pun bisik lah kat alang, aku cakap 'Ni sebenarnya Nabilah, Nabil pergi melamar awek.' Alang pun 'owh'. Aku pun cakap lagi kat alang 'Please rahsiakan sebab ni penting untuk Nabil'. Alang jawab 'Whatever'. Hahaha...

Balik rumah tu, aku nampak Nabil kat dalam bilik dia. Muka dia macam sedih je. Aku pun tanyalah dia 'Weh, asal ni?' then tetiba dia peluk aku sambil cakap 'dia terima' dengan happy nya. Cehhh, saja nak buat suspen je Nabil ni. Lepas tu aku terfikir, kereta aku ada kat depan rumah jadi mungkin sudah boleh jadi Nabilah semula. Lepas aku tukar baju, aku ke ruang tamu, my parents tanya bila balik, aku pun jawablah, lebih kurang sejam yg lepas. Then terbangun, so tamatlah.Tentang muka Nabil tu macam mana, maaflah nya, aku tak tahu dan macam mana aku sorok 'barang' aku tu, yg tu pun aku tak tahu. Maaf atas ketidaktahuan itu.

Nampaknya sudah panjang jadi 1 sajalah kisah mimpi, lain kali kalau aku tak sibuk, tak malas dan tak lupa aku cerita kan lagi 1 kisah mimpi tu ya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kisah mimpi aku ni. Sekian..
Assalamualaikum...

Sunday, 18 November 2012

Maaf

Assalamualaikum...
Sebelum tu, aku nak mintak maaf sebab tak cerita tentang sambungan cerita 'Kesian Van' iaitu 'Kesian Van part 2'. Lebih kurang seminggu lepas, aku cakap nak ceritakan kisah selanjutnya tapi disebabkan kesibukan yg melanda tak dapatlah aku nak ceritakan. Lagi satu sebab, tak ada apa-apa yg penting pun yg berlaku, cuma lepas patah balik ke rumah kak Ngah, kita orang sambung tidur then pagi tu ayah aku, Hanis, Hakim dan Azim membersihkan van. Lepas tu, minum dan makan sikit then gerak balik. Dekat highway pula ada hujan sikit, masuk hujan dalam van sampai ke belakang, then sampai rumah, dah tamat.Itu sajalah kisahnya, hehehe.
Jadi, sampai di sini sajalah kisahnya. Terima kasih kerana sudi membaca dan memahami.Saya minta maaf sangat-sangat ya.
Assalamualaikum...

Wednesday, 7 November 2012

Kesian Van

Assalamualaikum…
Nak tahu apa yg berlaku kepada van ? Mestilah nak kan ? Tapi sebelum itu, biar aku buat satu pengakuan, sebenarnya cerita kali ni pun aku type di Microsoft Word. Aku type cerita kali ni pada hari yg sama selepas aku type tajuk cerita ‘Pahang → Melaka →Johor →Puchong’.  Sebabnya, aku takut otak aku lupa, jadi sementara aku ingat ni, lebih baik aku type dulu sebelum terlupa.

Sebelum ni aku cakap sesuatu yg buruk berlaku pada keluarga aku. Rumah kakak aku terletak di kawasan perumahan yg diberi nama Aman Putra, bukan Adi Putra. Setahu aku, Aman Putra ada dua tempat nak masuk keluar dan ada gate. Gate depan selalunya ditutup selepas pukul 12 pagi, bukan malam. Gate belakang pula selalunya tak ditutup. Tapi gate ni bukan macam gate kat rumah kita, gate ni ada pemberat dan ada tali, pandai-pandai lah korang bayangkan.

Masa tu ayah aku yg memandu sebabnya, 2 orang abang aku yg sudah ada lesen tak berani nak bawa van. Ayah aku pasang GPS, dan ikut pada GPS tu, dia bagi laluan ke gate depan. Tadi aku cakap pukul 12 pagi ianya ditutup, tapi sekarang ni pukul 4.20 pagi. Kita orang memang tak tahu pasal gate tu dan kakak aku atau abang ipar aku aku lupa nak bagi tahu pasal gate tu ditutup. Ayah aku memandu dengan kelajuan yg tak perlahan dan tak laju, boleh di katakan biasa-biasa saja. Pagi tu gelap, lampu jalan tak terlalu membantu, jadi ayah aku terlanggar gate tu sehingga cermin depan pecah. Warna palang tu pun cuma warna putih saja, mereka patut mewarna gate tu.


Aku rasa yg nampak palang gate tu hanya aku dan adik aku Azim saja.  Aku tak tahu apa yg Azim buat masa tu dan dia yg duduk sebelah ayah aku. Biasanya kalau suami memandu isteri duduk sebelah tapi Azim sibuk nak duduk depan.  Aku pula sedang berborak dengan mak aku. Mak aku cakap dia tertinggal tuala dan kain kotor di rumah Angah, masa tu aku memang dengar apa yg mak aku cakap tapi mata aku pandang GPS yg ayah lekatkan di tengah-tengah cermin depan, tapi kebawah sedikit. Tak lama lepas tu aku pandang depan tapi masa tu sudah tak berapa jauh dari gate tu, tapi memang aku tak nampak apa pun di depan, hanya gelap. Then, aku pandang semula GPS, lebih kurang  10 saat lepas tu, aku pandang ke depan semula. Masa tu aku ternampak benda putih, aku berfikir ‘Apa tu? Hayalan ke?’ (baca dengan laju) kurang dari 5 saat lepas nampak benda putih tu terus langgar.

Yang peliknya, benda putih tu aku hanya nampak sebesar cermin depan van saja, tepi kiri kanan memang aku tak nampak, sebab tu aku fikir hayalan ke. Aku dan family, alhamdulillah selamat begitu juga dengan GPS. Aku cakap atau tak pasal benda putih tu tak ada gunanya sebab memang tak sempat nak berhenti. Ayah aku pun memang tak nampak sebab bila sudah langgar tu van masih bergerak.  Palang gate tu pula menjadi tinggi buktinya, masa ayah aku nak patah balik ke rumah kak Ngah, muat van nak masuk. Masa ayah aku buat U-turn, ayah aku marah Azim sebab sibuk sangat nak balik. Gaya ayah aku marah pun macam nak nangis dan bengang. Mestilah bengang sebab nak baiki perlukan wang, ayah aku pula sudah pencen. Ayah aku cakap nak baiki mungkin lebih dari RM500 tapi duit pencen ayah aku tak sampai RM400.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada kali ini terima kasih kerana sudi membaca. Tunggu cerita selanjutnya dalam 'Kesian Van Part 2'!
Assalamualaikum...

Tuesday, 6 November 2012

Pahang → Melaka →Johor →Puchong


Assalamualaikum…
Aku nak kongsikan cerita ni pada hari semalam iaitu Isnin setelah pulang dari Puchong tapi disebabkan modem WiFi rosak jadi terpaksalah tunggu 24 jam, baru dapat tukar modem yg baru. Semasa aku sedang type ni pun belum tukar lagi. Habis tu macam mana aku type ? Senang saja, type di Microsoft Word, hahaha.  Tajuk ni adalah urutan tempat yg aku pergi pada hari Jumaat (2/11/2012) hingga Isnin (5/11/2012). Sebenarnya banyak urutan tempat tapi aku singkatkan, sebab tak akan lah tajuk aku nak buat panjang-panjang. Ini urutan yg sebenarnya, Mentakab → Masjid Tanah (Melaka) → Merlimau (Melaka) → Kluang (Johor) → Merlimau → Puchong → Mentakab.

4 hari 3 malam, walao weh, di tambah pula dengan keadaan aku yg kurang sihat. Haiz! Tujuan pergi ke Melaka sebab abang aku (Zainul Azman Hasani) ada konvokesyen di Politeknik Merlimau. Pada hari Jumaat malam tu, kami gerak. Sebenarnya kami tak mahu gerak malam tapi apa boleh buat, pagi aku dan Azim sekolah dan ayah aku ada majlis persaraan di Jengka. Petang pula mak aku ikut ayah aku pergi ke Temerloh sebab ada majlis persaraan juga. Sekarang ni aku dan family kena berjimat cermat sebab kedua-dua parents sudah bersara. Lebih kurang pukul 1.30 pagi kita orang sampai di Masjid Tanah di Melaka. Di sini ada rumah kakak ipar aku (yg berkahwin dengan along aku) punya ibu bapa. Kita orang tidur satu malam di situ. Perjalanan dari Masjid Tanah ke Merlimau lebih kurang 1 jam.

Hari Sabtu petang  lepas abang aku habis konvokesyen, aku dan family iaitu ayah, mak, 3 orang abang, seorang adik lelaki dan aku pergi ke rumah Abang De di Kluang, Johor. Inilah pertama kali kita orang pergi ke rumah dia. Kalau tak silap aku dalam 12 orang family aku, hanya 2 orang saja yg pernah pergi. Rumah abang aku ni asrama sekolah sebab dia dan isteri merupakan guru agama di sekolah SBP tapi sekolah lain. Abang aku ni Kluang tapi isterinya di Rawang tapi rumah di Sekolah Kluang. Di sini pun kami menginap satu malam. Hari Ahad tu kami shopping di Kluang Mall, macam Star Mall jugalah dan ada Pacific juga. Habis shopping kita orang pergi makan nasi beryani di restoran.


Lepas solat Asar, kami pergi Merlimau untuk mengambil kereta kancil yg ditinggalkan sebelum ke Kluang. Kami tinggalkan di rumah atok kakak ipar aku yg kahwin dgn along. Dari Kluang ke Merlimau lebih kurang sejam setengah. After that, kami ke Puchong, semasa on the way ke Puchong tu my parents berfikir sama ada nak balik hari ini iaitu hari Ahad atau hari Isnin. Setelah lama berfikir, akhirnya dapat keputusan iaitu, pukul 4 pagi balik semula ke Mentakab. Perlu berfikir panjang sebabnya adik aku Azim beria nak pergi sekolah, aku no problem, boleh saja ponteng. Sampai di Puchong around pukul 10 lebih, di sini merupakan rumah kak Ngah. Sebab nak balik pukul 4 pagi ialah ayah aku sudah tak larat untuk memandu. Takut jadi semasa on the way ke Melaka pada hari Jumaat tu. Mak aku cakap ayah tidur atas stereng sambil memandu, di tambah pula dengan mengigau. Bahayakan ?

Masa nak keluar dari rumah kakak aku tu, aku tengok jam, pukul 4.19 pagi. Masa nak keluar dari kawasan perumahan tu, ada sesuatu buruk yg menimpa kami sekeluarga. Van yg kami naiki di timpa kemalangan. Nak tahu apa yg berlaku ? Tunggu hari lain. Tapi jangan risau, aku dan family 100% selamat.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...

Wednesday, 31 October 2012

Target

Assalamualaikum...
Sebelum ni aku pernah cakap yg target aku untuk Prinsip Akaun ialah 50 markah. Well, hari ni sudah dapat, dan markahnya ialah rahsia. Hehehehe. Bukan nak rahsia tapi story di bawah ni dulu. Hehe, saja nak buat suspen.
Hari ni aku bawa camera ke sekolah. Sebanarnya tak ada sebab pun aku bawa, saja-saja nak bawa. Tiba-tiba ada orang cakap ada 2 orang cikgu nak bersara. Haha, sama macam semalam lah, sediakan payung sebelum hujan. Majlis persaraan ni lepas rehat, so, sebelum rehat tu hanya ada 3 orang saja di dalam kelas, aku, Mubshira dan Ameera. Kita orang pun apa lagi posing la tapi Mubshira malu-malu kucing pula. Lepas tu nampak Mubshira pegang marker pen, aku pun ambil dan conteng.
"SAYA SUKA MAKAN BELIMBING TAPI SAYA BENCI BELIMBING!". Hahaha, mesti ramai yg tak faham, suka makan tapi benci. Belimbing ialah nama ejekkan yg diberi oleh aku dan kawan-kawan kepada seorang cikgu akaun yg bernama Lee Bee Leng. Cuba korang sebut nama dia banyak kali, nanti korang akan faham. Aku suka akaun tapi aku tak suka cikgu akaun, aku suka belimbing tapi aku tak suka Lee Bee Leng.
Lepas tu masuk dewan, awalnya aku nak jadi jurugambar tapi macam malas nak ke depan. Lagi pun nak buat apa aku ambil gambar cikgu, malaslah. Aku nampak beberapa orang termasuk Lee Bee Leng pun macam ambil sikit saja gambar, ni pun salah satu sebabnya. Bila sudah habis majlis persaraan tu, aku dengan kawan-kawan pun lepak kat bawah pokok sebab tak ada pengumuman boleh balik. Tengah berborak-borak tiba-tiba dengar riuh, rupa-rupanya ada orang gaduh. Budak melayu perempuan yg gaduh sampai cabut tudung. Budak melayu perempuan gaduh memang best, lagi best dari WWWE kat TV.
3 orang lawan 1 orang, memang 3 oranglah yg menang. Yg kena belasah ni sampai terjatuh, kena tedang badan belakang dan kepala. Lebih kurang sejam yg lepas aku buka facebook budak yg kena belasah ni, dia cakap pergi balai dan dia pergi hospital. Doktor cakap dia mengalami gegaran otak. Ni antara status budak perempuan yg kene belasah tu, nama terpaksa aku rahsiakan.
"hari ini tercipta sejarah aku kena belasah ramai2 . Baru balik dari balai polis dan sekarang di hospital utk medical check up . Doc ckp aku mengalami gegaran otak '("
"takde kaitan dgn kuat atau tak . Dah korg dtg serang hendap , kepung aku . Badan korg tu 3x ganda besar dr aku . Kalau dah sorg pegang aku lg 2 org terajang aku , pakai apa aku nak balas ? Aku bukan hulk hogan mengamuk terus jd besar . Lg pun kenapa aku kena rosakkan imej aku sdgkan aku nampak kwn2 aku berlari minta bantuan ? Aku taknak sbb korg , sijil berhenti sekolah aku jd tak cun . Harap maklum ."
Itulah kisahnya orang yg bergaduh. By the way memang aku respect la budak yg kena belasah ni. Mulut dia boleh tahan dan orangnya ganas juga, tapi nasib baik dia ada otak. Dia kena belasah dia diam saja, tak nak balas semula. Teringin saja aku nak bake-up dia tapi aku ni bukan hebat sangat berlawan dan badan aku ni kecil dan lawan orang besar macam tu, matilah aku.

Oklah, oklah. Sudah panjang ni. Baiklah, aku akan bagi tahu berapa markah Prinsip Akaun aku. Markahnya ialah tepat-tepat iaitu 50%. Alhamdulillah. Salah satu sebab kenapa aku tak mahu drop ialah, sebab subjek sains aku bukannya bagus sangat jadi nanti bila aku nak masuk university nanti aku ada pilihan. Kalau subjek sains aku teruk aku masih ada akaun. Kalau akaun teruk, aku boleh ambil sains. Tapi kalau dua-dua teruk, aku tidur.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...

Tuesday, 30 October 2012

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Assalamualaikum...
Cuba korang baca tajuk ni dengan ceria. Hahaha! Hari ni aku nak bercerita tentang apa yg berlaku pada aku hari ini iaitu Selasa 30/10/2012 di sekolah dan di rumah. Di sekolah aku boring tapi aku dapat cover boring aku ni dgn sesuatu. Di rumah pula ceria. Aku guna pepatah ni sebagai tajuk ialah sebab, tak apalah nanti korang baca di bawah ni. Hehehehe.
Pagi sebelum aku pergi ke sekolah aku dapat 2 sms pada waktu yg berlainan. Satu dari Mubshira dan lagi satu dari Ameera. Mereka berdua cakap tak datang sekolah. Masa tu aku sudah sedih, jadi aku harap Elvyianah dan Anati datang. Well memang datang, tapi Elvy lepas rehat dia ada latihan menari then Anati satu hari tak masuk. Aku rasa nak bagi flying kick pula kat Anati, dahlah tak bagi tahu pergi mana, senyap je. Jadinya, aku keseorangan saja di dalam kelas.
Baiklah, sebelum ke sekolah, aku teringin sangat nak main sudoku, tak tahulah kenapa rasa macam nak sangat-sangat. Tapi malangnya aku tak ada buku sudoku, tapi dalam handphone adalah tapi tak akan aku nak bawa ke sekolah pula. Then aku cari kat bilik kakak aku, manalah tahu ada buku sudoku ke. Nasib baik dia tak ada di rumah. Alhamdulillah aku jumpa tapi aku terfikir, tak akan aku nak conteng buku dia, nanti kakak aku mengamuk. So, aku pun decide nak fotostat. Di rumah aku ada printer 3 in 1 tahu. Boleh print, fotostat dan scan. Aku forostat 24 sudoku beserta dengan jawapan. Lepas sudah siap, aku masuk bilik dan nampak ada 1 sms dari Mubshira. Semasa aku nak masukkan kertas yg aku fotostat ke dalam beg aku dapat lagi 1 sms dari Ameera. Nasib baiklah aku fotostat sudoku kalau tak aku boleh gila duduk seorang diri dalam kelas. Inilah maksud aku sediakan payung sebelum hujan.
Masa di sekolah pula aku pun main sajalah sudoku tapi aku dapat siapkan 20 sahaja sebab waktu sekolah sudah habis. Lagipun masa aku tengah main tu aku berangan juga. Masa rehat pula aku berdua dengan Sumitha saja. Lepas rehat pun main sudoku. Waktu terakhir cikgu Norhana yg masuk then aku borak-boraklah dengan dia. Masa tu aku bersyukur sangat sebab ada juga orang yg dapat aku berborak panjang. Dari awal dia masuk sampai habis waktu sekolah.

Balik rumah pula, macam biasalah, aku akan beli buah jambu batu then simpan dalam poket sampai rumah baru makan. Tapi masa aku sedang menanggal kasut, aku ternampak ada dua kasut bersaiz kecil dan selipar warna hitam dan ada corak warna merah. Selipar tu macam familiar saja bagi aku. Macam Kak Ngah aku punya. Semasa menanggal setoking pula aku terdengar suara anak saudara aku yg bernama Safiyyah. Bila aku buka pintu rumah, aku terus sebut 'Ya Allah' sebab aku ternampak cornflake bertaburan di atas lantai. Anak saudara aku yg bernama Sarah (2 tahun 10 bulan) berdiri di atas kerusi manakala kakaknya Safiyyah (4 tahun 5 bulan) di bawah meja. Bila kakak aku tanya kenapa, aku hanya menuding jari ke atas lantai. Kakak aku pun marah anak-anak dia. Aku pun gelak sajalah bila mereka kena marah.

Kakak aku balik sebab nenek abang ipar aku sudah meninggal. Malam ni dia orang baliklah. Aku bersyukur sebab ada anak saudara aku, at least boleh menceriakan hari aku yg membosankan ni. Kalau dia orang tak ada, aku tak tahulah. Sekarang ni tiga orang anak saudara aku Safiyyah, Sarah dan Amirah (6 bulan) sedang tidur. Kalau Safiyyah dan Sarah sudah bangun bolehlah aku main tolak-tolak dengan dia orang.
Main tolak-tolak ni memang game favourite aku dgn 2 orang anak saudara ni. Cara main dia ialah aku kena duduk then Safiyyah akan tarik aku dari belakang dan Sarah akan tolak aku dari depan, aku pula kena lawan dia orang, jangan bagi jatuh.. Kalau aku jatuh memang matilah aku. Dia orang lompat-lompat atas perut atau badan belakang aku. Safiyyah memang susah nak lawan tapi kalau Sarah senang je. Kalau Safiyyah tolak memang gerenti aku jatuh tapi kalau Sarah, aku boleh duduk relax saja.
Gambar di atas ni gambar lama sebab masa ni Sarah rambut pendek lagi. Sekarang ni macam Hafiz Awan Nano.

Baiklah, aku Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada hari ini. Terima kasih kepada yg membaca.
Assalamualaikum...

Monday, 29 October 2012

Aku Tak Terima !!!

Assalamualaikum...
Bila baca tajuk post ni macam aku marah. Hahaha, bukan macam marah tapi sudah memang marah.  Sejak kebelakangan ni aku marahkan tentang banyak benda, nak pula aku ni panas baran orangnya. Kalau ada barang aku yang jatuh pun aku marah, tak tahulah kenapa. Mak aku pun ajuk sajalah aku marah. Terutama sekali tentang pendapat yg aku minta pada lebih 20 orang kawan aku selama 5 hari.
Pendapat yg aku minta ni ialah tentang hubungan aku dengan seorang kawan perempuan. Well, aku kenal dia sejak umur 5 tahun, walaupun 5 tahun tapi kami bukan sama tadika. Kisahnya, aku dgn perempuan ni gaduh sebab lelaki. Hampir setahun sudah. Beberapa bulan lepas tu dia minta maaf then aku maafkan tapi aku cakap aku sudah tak mahu kawan dgn dia tapi dia cakap dia tetap nak kawan dengan aku. Hati aku nak tapi otak aku selalu buat aku teringat akan perkara-perkara yg dia buat aku sakit hati selama kami bergaduh tu lah. So, sekian lamanya aku berfikir akhirnya aku jumpa alternatif lain iaitu minta pendapat kawan. Pada awal bulan 10, aku minta pendapat lebih dari 20 orang dalam masa 5 hari. Tapi hampeh, sorang saja yg bagi aku pendapat yg teramatlah memuaskan. Orang yg bagi pendapat ni ialah kawan lelaki aku, dia duduk Johor, dia pun memang tahu sangat hubungan aku dengan perempuan ni.
Yang lain macam tak mahu bagi saja. Sebelum dan selepas 5 hari tu, berialah bagi aku pendapat yg tersangat-sangatlah memuaskan, tapi AKU TAK TERIMA !!! Kenapa waktu aku minta tak nak bagi then lepas habis 5 hari inbox handphone penuh dengan pendapat. Ada lagi seorang budak yg bagi pendapat di dalam blog. Yg ni aku baca separuh then aku terus bukak blog dan start menaip. Budak ni ialah Nur Anati Zafirah binti Azmi, nak baca pendapat dia click here. Sorry la, aku bukan nak malukan kau, aku cuma bengang.
Kenapa budak perempuan yg aku masukkan tu, kalau kau baca, sorry to say la, nampaknya kita tak boleh nak berkawan lagi. Aku minta pendapat ni sebab aku nak tahu berapa ramai orang yg suka dengan persahabatan kita. At least aku berusaha untuk buat sesuatu dengan hubungan kita tapi tengoklah. Aku harap kau faham. Bukan salah aku, bukan salah kau dan bukan salah budak lelaki yg bagi pendapat tu, tapi salah 20 lebih orang ni. Aku nak at least 5 orang yg bagi pendapat yg bagus dalam masa 5 hari tu.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad yg sedang bengang ni ingin mengakhiri cerita pada hari ini. Terima kasih kepada yg membaca. Kepada yg terasa, saya minta maaf. Korang nak maafkan atau tak nak bukan masalah aku lagi. Itu masalah kau dgn tuhan. Tanggungjawab aku sudah lepas.
Assalamualaikum...

Wednesday, 24 October 2012

Boring

Assalamualaikum...
Hari ini aku tak tahulah kenapa aku teramatlah boring. Buka facebook, berangan dan entahlah. Nak download cerita Mars yg dibintangi oleh Vic Zhou dan Barbie Hsu cuma dua hari saja. Aku sudah tengok habis tapi aku tak suka cerita ni. Sebab ramai watak yg membawa watak sebagai orang gila. Pernah gila dan sedang jadi gila. Dan banyak unsur sex contohnya cium dan buat sesuatu di atas katil. Bencinya !!! Jadi kepada Nur Anati Zafirah Binti Azmi, aku tak mahu bagi kau tengok cerita ni.

Apa yg aku inginkan sekarang ialah tidur. Oh tidak ianya masih awal, pukul 9.30 malam. Nak tidur tapi my mom suruh tunggu abang De balik. Pukul berapa mereka nak sampai ni? Aku tak perduli, kalau sudah pukul 10 malam, mereka masih tak sampai, aku nak tidur. Mengantuk dan boring.
Aku perlukan sesuatu yg boleh membuat aku ketawa seperti pukul 7.30 malam hingga 8 malam tadi. Waktu tu aku sedang menonton cerita Ultraman Mebius. Yang membuat aku geli hati ialah seorang wanita yg sudah berkahwin dan memiliki 6 hingga 7 orang anak berlawan dengan makhluk asing. Kononya, wanita ni sudah mati tapi dengan bantuan makhluk asing tu dia hidup semula tapi dengan syarat perempuan tu kena bagi pinjam badan dia untuk makhluk asing tu musnahkan bumi. Tapi wanita ni ingatkan mimpi jadi dia setuju sajalah. Bila dia sedar yg ianya bukan mimpi jadi dia cuba untuk mengeluarkan makhluk asing yg ada dalam badan dia. Dia juga berlawan dengan beberapa makhluk asing. End of the story, wanita tu ada kuasa makhluk asing, contohnya, lari laju, kuat (boleh angkat kereta) dan terbang (macam ultraman terbang).
Mungkin korang tak faham apa yg lawaknya, hanya aku dan orang yg tengok sajalah yg akan gelak. Bila aku sudah habis gelak tu, aku bersyukur sangat sebab masa tu hanya aku seorang saja di rumah. Semua orang pergi masjid termasuk my mom. Aku tak pergi sebab malas.

Tengoklah Ultraman Mebius ni, kacak kan. Kalau nama orang pula, Mirai, dia ni kacak juga.

Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada hari ni. Terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...

Tuesday, 23 October 2012

Memory Part 2

Assalamualaikum...
Aku ada lagi satu sebab kenapa aku nak cerita tentang memori. Sebabnya ialah, kalau nanti aku sudah besar, sudah bekerja, mungkin aku sudah lupa dengan waktu kecil. So, nanti bila aku baca, ianya akan mengingatkan semula. Jom membaca cerita memori aku ni.

Malu - Masa aku darjah satu, aku masuk kelas ketiga dari 4 kelas. Kelas tu dinamakan sebagai 1K, yg bermaksud, 1 Kuning. Ianya suatu peristiwa yg memalukan. Bila cikgu mahu mengajar, dia akan seruh semua murid duduk di atas lantai. Meja aku di depan sekali tapi bila duduk di atas lantai, aku duduk di belakang sekali. Bila sudah duduk di belakang sekali, nak focus pun tak boleh. Jadi aku main jari, kononnya jari aku ni orang yg sedang berlawan. Aku punyalah focus main jari sampai tak perasan semua orang sudah duduk di tempat masing. Tinggal aku seorang saja di atas lantai. Bila aku sedar tu, cepat-cepat aku duduk kat tempat sendiri. memang malu. Budak sebelah aku gelak saja. Budak ni memang sudah lama aku tak puas hati, sebab  kertas-kertas yg dia sudah tak mahu dia buang dalam laci meja aku. Bila aku sudah bersihkan dia buang lagi. Sekolah menengah pun dia sama sekolah dengan aku tapi nasib baik tak sama kelas. Aku kelas ketiga, dia kelas kedua. Sekolah rendah dia pengawas, sekolah menengah pun dia pengawas, lama-lama jadi mawas.

Berlari - Masa aku darjah 4, budak-budak Taman Saga, yg sekolah rendah, buat pertandingan berlari ramai-ramai. Tak kisah lelaki atau perempuan dan berapa umurnya, asalkan sekolah rendah. Tapi pertandingan ni tak dapat apa-apa hadiah pun cuma saja-saja nak berlumba. Aku pun ambil lah bahagian. Cuba teka aku dapat nombor berapa. Mestilah aku yg terakhir, aku jauh ketinggalan. Memang sedih sangat masa tu. Masa darjah 5, di sekolah ada pendaftaran kokurikulum. Aku puas fikir sama ada nak olahraga atau badminton. Akhirnya, aku pilih untuk masuk olahraga. Setiap kali ada perjumpaan tu memang aku pergi.  Hari pertama tu memang teruk, aku lumba lari, terakhir lagi lah. Sudah banyak kali lari tu, kaki aku sakit, then cikgu suruh aku lompat jauh, aku cakap lain kali lah, sebab kaki sakit. Perjumpaan yg seterusnya, aku kena lumba lari lagi. Guess what, aku dapat kedua terakhir. Hahaha, mestilah kena bangga. Lama kelamaan, cikgu pilih aku untuk mewakili rumah sukan. Dapat naib juara. Then cikgu pilih aku untuk mewakili sekolah. Alhamdulillah, aku dapat tempat ketiga.

Ketinggalan Zaman - Bukan aku yg ketinggalan zaman atau sesiapa pun, tapi aku yg tak tahu maksudnya. Al-maklumlah, masa tu aku masih kecil, darjah berapa pun aku tak pasti. Kejadian ni berlaku semasa ayah bawa aku dan beberapa orang adik beradik aku pergi Kampung Batu Kapur untuk melawat moyang. Aku pun tak berapa pasti apa hubungan dia dengan aku. Kita orang dapat makan buah nangka. Lepas tu aku nak cakap ada orang kena tinggal, sebab masa tu abang Alang aku tak ikut, sebab apa pun aku tak pasti. Jadi aku nak cakap dia tak dapat ikut, tapi aku sebut 'ada orang ketinggalan zaman'. Bila aku sudah tahu apa maksud ketinggalan zaman ni, aku selalu terfikir, adakah moyang tu terasa dengan kata-kata aku. Padahal kata-kata tu bukanya untuk dia. Aku cakap macam ni sebab, dia sudah tua jadi manalah tahukan. Sampai sekarang ni dia masih hidup lagi.

Nama - Aku lebih suka orang panggil aku Nabilah, dan aku tak suka orang panggil aku Ainun. Tapi bukan itu yg ingin aku kongsikan. Ramai orang yg ada nama manja, panggilan. Tapi aku, aku tak pastilah. Abang Along aku suka panggil aku 'Apabila'. Kenapa mesti apabila? Tak ada nama lain ke? Tapi bila difikirkan semula, bunyinya macam unik juga. Adik aku yg bernama Azim suka panggil aku 'Hancock' dan 'Umbrella'. Korang tahu apa itu hancock? Hancock ni manusia yg ada kuasa, kiranya macam superhero. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh Google. Adik aku Amir pula, suka tambah perkataan 'Le' untuk setiap orang. Contohnya, Leyah (Ayah), Lemak (Emak), Lelong (Along), Lengah (Angah), Lede (Abg De), Leteh (Kak Teh), Lelang (Alang), Lebang (Abg Hanis), Lekim (Hakim), Lela (Nabilah), Lezim/Lezong (Azim) dan Lemir (Amir).

Jatuh - Bukan jatuh tangga atau jatuh sebab lantai licin. Tapi aku jatuh di tempat yg menjijikkan, iaitu longkang. Kejadian ni berlaku di Melaka, berdekatan dengan Menara Taming Sari. Di situ ada longkang besar, ada jaring. So, kita orang (Family aku) jalan atas longkang tu, aku yg terakhir sekali turun. Bila nak turun tu, alamak, jatuh la pula. Lubang tu tak besar sangat, sebab tulah aku tak nampak. Lagi pun aku jalan pandang depan. Panjang juga kesan luka tu, sekarang hanya tinggal parut saja di kaki kanan aku. Parut tu pun pendek dan tak jelas sangat. Then ayah aku pimpin untuk duduk di tempat yg berdekatan dengan tandas awam. Ayah aku suruh lipat seluar. Then ternampak ada orang yg jaga tandas tu, dia ada jual tisu. Tapi ayah aku tak bagi beli sebab nak biarkan darah tu kering. Kalau lap, susah nak kering. Memang sakit lah !!!

Baiklah, aku Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada hari ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...

Monday, 22 October 2012

Memory...

Assalamualaikum...
Di sini jua memori tercipta, walau seketika tak akan ku lupa...Malam ni saja-sajalah nak cerita tentang antara kenangan manis dan pahit yg pernah berlaku kat aku. Manalah tahu kalau-kalau aku accident, then hilang ingatan, mungkin apa yg aku post ni dapat membantu. Banyak kenangan yg aku lalui, kalau nak cerita semua mungkin kena buat 'Memory part 2'. Hahaha, baiklah jom!

Sesat - Kalau sesat satu family memang selalu berlaku tapi kalau aku sesat seorang diri, aku rasa sekali tapi banyak kali. Tak faham ke. Baiklah! Aku pernah sesat kat dalam KLCC. Aku rasa aku pernah sesat di KLCC saja, kalau tempat lain aku tak pasti. Ianya berlaku semasa aku belum lagi sekolah rendah. Hey, walaupun masih kecil tapi aku masih ingat. Tapi tak ingat dengan jelas la, ingat macam kabur-kabur je. My parents cakap aku sesat 2 kali pada hari yg sama. Apa yg aku ingat aku berada di bawah meja makan semasa my family naik escalator. Lagi satu aku tak ingatlah. Tapi aku bersyukur sangat sebab my family jumpa aku walaupun sudah sesat 2 kali. Kalau tak orang yg kenal aku hari ni mungkin tak kenal aku.

Jatuh Tangga - Aku jatuh tangga sejak tadika lagi. Jatuh menggelesor macam main di taman tapi yg ni sakit. Masa kecil dulu, aku nangis tapi bila sudah besar, aku boleh gelak besar. Bagi aku ianya lucu, walaupun sakit, aku mampu gelak besar. Yang peliknya, penghuni rumah ada 12 orang tapi kenapa hanya aku seorang saja yg pernah jatuh tangga. Adakah aku yg tidak berhati-hati, atau itu memang takdir aku. Tak kisahlah. Sekarang aku rasa macam nak jatuh tangga.Tahun ni aku tak pasti sama ada aku sudah jatuh tangga atau belum. Harap sudah, dan aku harap akan jatuh tangga lagi. Aku memang pelik sebab nak jatuh tangga.

Rambut Panjang - Aku selalu cerita yg aku suka rambut pendek, tak tahan rambut panjang. Tapi seingat aku, masa aku tadika rambut aku panjang, mungkin sampai pinggang. Nak masuk darjah satu my mom bawa pergi kedai gunting rambut. Rambut aku pendek tak sampai leher pun. My mom cakap sebab dia nak aku gunting rambut ialah sebab aku tak suka ikat rambut. Hahaha, memang aku tak suka ingat pun, sampai sekarang pun aku tak suka. Sebab tu aku suka pendek. Lagi pun masa tu aku tak kisah pun sama ada rambut aku pendek atau panjang.

Port Kegemaran - Dulu tak tahulah bila aku ada satu tempat yg merupakan tempat yg paling aku suka. Ianya terletak di dalam bilik tidur kakak aku. Bilik tidur ni asalnya untuk 3 orang tapi sejak aku tak mahu kongsi bilik, ianya untuk 2 orang then bila kak ngah aku sudah kahwin, untuk seorang sajalah. Tapi sekarang ni sudah ada 3 orang adik beradik aku yg sudah berkeluarga, jadi bila semua orang balik, kakak aku kena keluar dari bilik untuk bagi sebuah keluarga tidur. Tempat tu asalnya untuk letak baju yg sudah dilipat, tapi aku yg menyibuk nak tempat tu. Aku tak tahulah macam mana aku boleh naik kat atas tu. Tengoklah, siap ada bantal lagi. Walaupun ianya tidak muat untuk tapi aku tetap suka. Rindu pula dengan tempat tu, tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Kenapa ayah aku cabut? Aku rasa masa aku umur dalam gambar ni lah ayah aku cabut.

Menari - Masa aku tadika, aku ada masuk menari. Menari apa pun aku tak tahulah. Al-maklumlah, masih kecil, tak tahu apa-apa, hanya ikut arahan orang yg lebih tua. Aku ada masuk 3 jenis tarian, yg paling aku suka pelangi. Kiranya ada tujuh orang sebab warna pelangi ada tujuh. Aku dapat warna ungu, sebab tu lah aku suka warna ungu. Gambar ada, tapi malulah nak masukkan, sebab dalam gambar aku pakai make-up dan gincu yg sangat tebal. Bencinye, bukan aku yg pakai, cikgu yg pakaikan. Nasib baik aku tak tahu apa-apa lagi, kalau tidak aku sudah marah-marah cikgu tu. Macamlah aku suka pakai make-up.

Menangis - My parents selalu cakap kalau aku nangis saja, seluruh Taman Saga (tempat aku tinggal) boleh dengar. Sebabnya aku menangis sangatlah kuat. Aku tak percayalah seluruh Taman Saga dengar, kalau 2-3 lorong yg dengar aku boleh lagi terima. Aku ada satu gambar aku menangis di pintu depan rumah. Nasib baik pintu tutup. Bila aku tengok gambar tu, wow, hebat juga aku nangis, menabjukkan. Terbaring atas lantai, mata berair dan mulut terbuka luas, maksudnya nangis yg kuat, dan pakai baju yg dijahit sekali dgn skirt warna kuning.


Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca. Harap korang terhibur.
Assalamualaikum...

Saturday, 20 October 2012

Cerita Lama

Assalamualaikum...
Petang ni aku nak kongsi tentang 'Cerita Lama'. It's not about my life, tapi ianya ada kaitan dengan drama TV. Drama, ramai orang yg suka drama, malah berbagai-bagai jenis drama. Antaranya, drama yg disengajakan, maksudnya, nak simpati orang. Lagi satu drama atas arahan director, drama TV la tu. Hmm, anda ingin menceburi bidang lakonan. Apa tunggu lagi, pergilah jumpa mana-mana director. Sharnaaz Ahmad pun boleh sebab tak lama lagi dia akan jadi director. Hahaha. Iklan kejap, kembali kepada cerita asal.

Ni drama Meteor Garden 1, pada tahun 2001. Drama ni memang favourite aku masa sekolah rendah dulu. Dulu memang tak boleh tertinggal drama ni. Baiklah, mari saya kenalkan watak-wataknya. Watak utama ialah Dao Ming Si (Jerry Yan). Yg pegang kertas merah tu. Gambar atas pun ada dia juga. Aku rasa mungkin susah sikit nak cari sebab rambut lain. Gambar yg ada 5 orang tu, dia berada di tengah-tengah. Ramai orang gelar rambut dia rambut nenas(gambar kedua). Watak yg seterusnya Dong Shancai (Barbie Hsu). Perempuan yg pakai baju merah tu. Hua Zhe Lei (Vic Zhou). Lelaki yg duduk di hujung sekali. Ximen (Ken Chu), lelaki yg disebelah Shancai. Dan yg terakhir ialah Mei Zuo (Venness Wu), lelaki yg sebelah Hua Zhe Lei. 4 orang lelaki ni digelar F4 yg bermaksud Flower 4. Tak rasa pelik ke? Lelaki then 'Flower', bagi aku pelik. F4 ni penyanyi tahu, tapi sekarang sudah berpecah.


Yg ni pula drama Meteor Garden 2, pada tahun 2002. Kalau tadi 5 orang, sekarang 6 orang. Perempuan tu namanya Ye Sha (Michelle Saram). Kalau yg pertama mungkin nangis sikit saja, tapi yg kedua mungkin lebih banyak. Eh, nanti kejap, korang jangan ingat aku nangis. Aku tak nangis pun, sikit tu adalah tapi air mata tak turun, hanya bertakung, tapi sikit je.
Yg ni pula drama Silence pada tahun 2006. Lakonan Qi Wei Yi (Vic Zhou) dan Zhao Shen Shen (Park Eun Hye). Perempuan ni macam nama korea, hehe, memang korea pun. Tapi dia pandai cakap china la. Tengok lambang tangan tu. Dalam drama ni lambang tangan tu digelar sebagai Lucky Star. kononnya orang yg sudah mati akan ke tempat yg bernama Lucky Star. Kalau kita nak sampaikan mesej kepada mereka di Lucky Star kita kena buat isyarat tangan macam tu. Kalau korang tengok cerita ni, waktu dalam gambar ni memang menyedihkan sebab itulah saat-saat akhir lelaki tu hidup. Kalau drama ni lagi banyak nak nangis. Tulis pasal dia orang ni bertakung pula air mata aku.

Inilah 3 buah drama yg aku sangat minat masa sekolah rendah. Aku tak tahulah, aku mimpi apa. Tiba-tiba saja teringan pasal cerita ni. Bila sudah teringat tu carilah dalam Youtube. Alhamdulillah, ada. Ketiga-tiga aku ada, tapi Meteor Garden 1 sudah di delete sebab laptop penuh. Aku sudah habis tengok Meteor Garden 2 dan sekarang aku sedang menonton Silence. Bila budak yg bernama Nur Anati Zafirah Binti Azmi sudah ambil kedua-dua cerita ni, aku nak delete. Tapi aku kenalah habiskan cerita Silence dulu. Bila dua-dua sudah delete, aku nak download cerita Mars dan Meteor Rain. Yg aku tahu dalam drama Mars ada Vic Zhou dan kalau tak silap aku ada Barbie Hsu juga. Dalam Meteor Rain, ada kumpulan F4 ni lah. Aku pun baru saja tahu. Aku baru tahu hari ni. Hahaha.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita pada hari ini. Sekian terima kasih kepada yg sudi membaca. Harap korang enjoy membaca.
Assalamualaikum...

Friday, 19 October 2012

Bad Mood..

Assalamualaikum...
Dapat tajuk ni sebab aku beberapa hari ni aku bad mood. Sebenarnya bukannya bad mood tapi aku nak belajar jadi pendiam semula. Aku rindu sangat waktu aku pendiam dan perangai-perangai pendiam aku. Diri aku yg pendiam lebih baik dari yg sekarang. Dari tomboy --> pendiam --> riuh --> pendiam.
Itulah dia urutan perangai aku. Selalu berubah, tapi sekarang ni aku berada di tengah-tengah antara riuh dan pendiam. Sifat pendiam lebih sesuai untuk aku.
Masa aku pendiam dulu, aku ada seorang idola pendiam. Nak tahu siapa? Mestilah nak kan. Nama sebenar dia Vic Zhou, artis Taiwan. Dia pernah berlakon dalam cerita Meteor Garden 1&2, Mars dan Silence. Sebenarnya banyak lagi tapi ni saja yg aku tahu. Dalam cerita Meteor Garden, dia seorang pendiam. Bila dalam cerita Silence dia bukan pendiam tapi dia couple dengan orang bisu. Dalam cerita Mars, aku tak tahu sebab aku tak pernah tengok. Muka dia pun muka pendiam, sama macam aku dulu.
Banyak sebab kenapa aku suka jadi pendiam dari riuh. Sebab aku suka diam ialah, aku tak banyak menyakiti hati orang, berbeza dengan aku sekarang. Dah lah bising, selalu sakitkan hati orang pula tu. Sudah banyak hati orang yg aku sakiti. Masa pendiam aku ni dingin sikit. Maksudnya, macam-macam benda aku tak suka dan suka marah-marah. Contohnya dulu aku memang tak suka dengar bila orang makan ada bunyi, bunyi orang minum air. Aku tak suka dengar bunyi orang menghirup air, mee, dan seumpamanya tapi bukan udara. Sekarang pun tak suka, tapi sudah kurang sedikit.
Masa aku pendiam dulu aku selalu 'hang out' dengan kawan-kawan. Walaupun aku pendiam, tapi aku suka hang out. Tapi sekarang, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku kurang nak keluar. Bukan saja my parents tak bagi, tapi diri sendiri pun tak mahu. Kawan-kawan aku yg sudah kenal aku lebih dari 5 tahun pun lebih suka aku pendiam. Bukan dia orang saja yg mahu aku pendiam, aku sendiri pun nak diam.
Cara aku bercakap, suara aku dan muka aku macam orang yg lemah saja. Bila aku marah, aku tak maki hamun tapi aku pandang mata orang yg buat aku marah. Aku akan pandang lama-lama sampai dia rasa takut. Tapi kadang-kadang aku marahlah juga. Cara aku pandang pun macam nak marah orang. Sampaikan ada orang yg tak kenal aku, tanya kawan aku "budak tu ada masalah dgn aku ke sebab pandang aku macam nak makan saja". Cara aku ketawa atau gelak pula simple saja, iaitu sengih. Maksudnya aku hanya angkat mulut belah kanan ke atas. Nak tahu macam mana? Korang try buat.
Sekarang ni cara aku cakap kasar, suara aku kuat dan muka aku happy aku tak suka. Aku marah pula sekejap saja aku boleh pandang mata orang then gelak. Selalunya aku maki hamun. Cara aku pandang pula kadang-kadang serious  dan kadang-kadang tak.Aku gelak pula, gelak besar, tak boleh nak comtrol.
Aku rindu sangat-sangat zaman pendiam aku dan aku inginkan sangat.Aku nak kembali jadi pendiam. Kepada sesiapa yg tak suka aku jadi pendiam, sorry to say lah, aku peduli apa. Ini hidup aku, hak aku! Suka hati akulah nak jadi pendiam atau tidak. Korang tak ada hak langsung nak halang aku.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad nak mengakhiri cerita pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Kepada yg suka aku jadi pendiam, tolong doakan. Kepada yg tak suka you all can get lose, jangan doakan aku jadi bisu.
Assalamualaikum...

Monday, 15 October 2012

Nasi Putih

Assalamualaikum...
Hari semalam aku cerita tentang makanan, tajuk cerita tentang photographer dan makanan ringan aku type pada waktu malam. Hari ini juga aku type pada waktu malam. Apa kaitannya? Tak ada kaitan pun cuma saja nak berkongsi. Hehehe. Malam ni aku nak bercerita tentang nasi putih.
Kisah ni berlaku semasa aku dan family dinner pada hari ni. Hari ni ada pasar malam di kawasan perumahan tempat aku tinggal. Aku tak tahulah mak aku mimpi apa sehingga dia nak beli nasi kerabu yg warna biru. Aku cakap macam ni sebab my mom selalunya tak suka beli makanan luar, dia lebih suka masak sendiri walaupun my mom malas nak masak.
Mak aku beli 4 nasi kerabu, tapi kami ada 5 orang. Kami tak kongsi pun sebab aku tak makan nasi kerabu tu. Nasib baiklah my mom beli 4, kalau 5, mesti mak aku membebel. Aku tak makan nasi kerabu tu sebab aku tak suka. Aku rasa korang semua sudah tahu yg dalam bumi ni ada macam-macam jenis nasi, tapi yg selalu menjadi tempat pertama di hati aku nasi putih. Kalau pergi kenduri selalunya ada 2 jenis nasi iaitu nasi putih dan nasi minyak. Aku semestinya akan memilih nasi putih.  Aku cuma tak akan makan nasi putih kalau ianya tiada. 
Habis tu aku makan apa untuk dinner tadi. My mom buat ayam goreng. Kenapa aku tak tolong? Hehehe, aku tak tolong sebab busy study subjek akaun. Al-maklumlah, aku tak mahu drop akaun. Target aku untuk dapat 50 markah ke atas. Kalau kurang dari 50 markah, keputusan untuk drop perlu untuk aku bertimbangkan semula. Aku hanya makan ayam goreng saja, bahagian kepak dengan sos lada. Sebenarnya lauk sayur ada,semalam punya, tapi nasi putih yg tak ada. Boleh saja nak masak tapi aku malas, lagi pun aku tak la lapar sangat.
Aku sendiri pun tak tahulah kenapa aku tak lapar malam ni, biasanya lapar. Mungkin sebab aku baru bangun tidur kut, tak ada mood lagi. Tadi cakap study tapi ni tidur pula. Hehehe, petang tu aku study akaun then tertidur, next my mom kejut suruh tolong masak air dan basuh pinggan mangkuk untuk my mom and dad berbuka puasa. Aku tidur pun bukannya sengaja, tengah-tengah study tiba-tiba tertidur. Aku rasa 1 jam setengah saja aku tidur. Tapi walau macam mana pun aku tetap tak suka tidur petang. Bila bangun dari tidur petang tu badan dan diri rasa betul-betul malas.
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah ingin mengakhiri cerita pada malam ni. Sekian terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...

Sunday, 14 October 2012

Makanan Ringan

Assalamualaikum...
Malam ni saya nak bercerita tentang makanan. Bila baca saja post mesti korang terfikir yg aku suka makan makanan yg tak berkhasiat. Memang la aku ada makan makanan yg tak berkhasiat tapi dalam kuantiti yg sedikit, padahal banyak, air gas pun aku tak minum. Maksud aku dengan makanan ringan pada hari ini ialah macam makanan yg senang di hidang atau segera. Jom kita layan gambar.

1) Aiskrim campur dengan soda. Memang terbaik...
2) Aiskrim goreng. Pada awalnya ianya disimpan beku, bila nak makan kita goreng. Aku beli di Kuantan, yg pegang aiskrim goreng tu sepupu aku iaitu Farah Hana.
3) Donuts !!! Yg warna putih tu aku beli Giant Kuantan. Yg chocolate pula aku beli Bakery Star Mall.
4) Waffle, aku beli di TF Mentakab. Perisa chocolate campur cappuccino.
1 & 3) Chocolate cadbury. My favourite.
2) Nampak macam bunga tapi kalau korang tengok betul-betul ianya coklat. Hadiah hari jadi dari Kak Ngah untuk my mom.
4) Entahla apa nama coklat ni. Beli sebab nak rasa coklat lain sebab selalu beli cadbury je.
1) Aiskrim !!! Yg ada kone tu buat sendiri, maksudnya beli kone, beli aiskrim then tambah coklat cadbury. Memang sedap. Lagi satu tu made by my adik bongsu amir. Perisa coklat juga.
2) Air tea O dan pau. Pau tu ada 2 perisa, iaitu, kaya dan pandan.
3) This is my favourite ais-blended. Perisa vanilla.
4) Jambu batu. Hehehe, aku beli di atas saga 6. Boleh dikatakan aku adalah pelanggan tetap mak cik jual jambu ni. Aku letak lada 3 sudu then letak asam boi. Bila makan memang akan mencari air.
1) Bubur segera. Selalu keluar iklan di TV.
2) Kinder Bueno. Sambil download cerita Twilight, saya makan.
3) Coklat from my mom.
4) Both from my teacher, Lee Bee Leng. Hey, Nur Anati Zafirah Binti Azmi ! Aku rasa kau pernah dapat yg warna merah je. Biru tak dapat kan? Kesian...
5) Cake, made by my sister, Kak Teh.
6) Kopiko, cappuccino tambah susu.
7) Nama pada plastik coklat ialah WOW, letak dalam bekas senang sikit. Bila-bila boleh masuk mulut.
1) Ini pula gula-gula. Anda hairan mengapa ianya dibalut cantik? Adakah anda fikir ianya dari pakwe? Ketahui jawapan sekarang dengan mendial nombor 01X-XXXXXXX. Hehe, iklan kejap. Aku dapat gula-gula ni dari kenduri.
2) Kuih raya yg dibeli di The Store Mentakab. By the way, it is my favourite.
3) Cupcake ini juga dari kenduri.
4) Coklat lembu dari kenduri. Coklat choki-choki beli di tempat aku tuisyen.
5) Sushi made by my older brother, Hakim.
6) Gula-gula yg di beli di kedai RM2.
7) Roti letak jam perisa chocolate campur peanut. Then aku letak yg berwarna-warni tu then letak chocolate chip.
8) Ni biskut favourite aku. Perisa Spirulina.
9) Chocolate ni beli di Cosway, RM 10.90. Hehe, my mom cakap dark coklat pahit. Bila makan tadi ramai cakap pahit, tapi bagi aku okay saja. Tak pahit pun.

Bila aku tengok semula gambar-gambar, alamak, banyaknya coklat. Kenang kecing manis nanti. Aku kena kurangkan makan coklat ni. Banyak gula dan banyak MSG dalam badan aku ni. Haiz... 
Baiklah, saya Nurul Ainun Nabilah Binti Zainul Fuad ingin mengakhiri cerita ini. Sekian terima kasih kepada yg sudi membaca. By the way, gambar ni di ambil dengan menggunakan camera Abang Long aku. Lebih kurang sama sajalah dengan kakak aku punya tapi canggih sikit la dari kakak aku punya.
Assalamualaikum...

Saturday, 13 October 2012

Photographer...

Assalamualaikum...
Malam ni nak bercerita tentang aku yg suka mengambil gambar. Aku dapat idea ni sebab hari ini around pukul 11.30 pagi, ayah, mak dan aku pergi bandar untuk beli barang-barang dapur. Dekat tingkap kereta ada air hujan, aku teringin sangat nak ambil gambar. Malangnya, camera handphone aku tak lawa jadi bila aku ambil gambar tu, air hujan kurang nampak, sedih. Masuk saja dalam kereta, aku duduk dan terdiam seketika then tiba-tiba aku petik jari sebab terfikir sesuatu. Aku terfikir yg aku nak cerita tentang diri aku yg suka ambil gambar. Hahahaha...
Hehehe, nak menunjuk camera la pula, hehe. Ni camera kakak aku. Aku suka ambil gambar macam-macam then masukkan ke dalam facebook. Tapikan aku sekarang ni kurang suka ambil gambar aku then masuk dalam facebook. Ambil gambar sendiri memang suka tapi masukkan dalam facebook tak suka. Aku rasakan tak ada orang pun perasan yg aku sudah delete album-album yg ada gambar-gambar aku seorang di dalam facebook. Sudah lama aku delete, mungkin 5 bulan juga. Tak apa, abaikan saja, jom, saya nak share beberapa keping gambar.





Inilah gambar-gambar yg aku tangkap. Mesti ada yg pelik kenapa baju tu tak termasuk dalam 4 gambar ni. Nak tahu? Mesti la nak kan. Cuba korang kira gambar-gambar ni ada berapa, 9 kan? Jadi kalau aku satukan 4 gambar mestilah ada lebih satu. Mesti ada yg tertanya juga kenapa tak pilih baju ni salah satu dari 4 gambar tu. Sebabnya ialah, aku ikut susunan gambar, hehe.
Aku beria nak explain sebab nanti Nur Anati Zafirah Binti Azmi salah faham pula. Al-maklumlah, baju ni ada kaitan dengan Ng Shao Min (anda bosan tengok nama dia?) dan dia ingat aku suka dia padahal rambut je. Ni baju kelab renang, Shao Min dan beberapa orang ahli kelab renang yg jual baju ni. Aku panggil baju ni sebagai baju ikan paus sebab ada gambar ikan paus.
Aku suka ambil gambar macam-macam. Tak kira makanan atau bukan makanan, asalkan ianya menarik aku akan ambil gambar then share. Orang cakap 'Sharing is caring'. Banyak lagi gambar yg aku ambil dan kalau boleh aku nak share-kan semua gambar tapi aku risau kalau korang boring.
Baiklah, sampai di sini sajalah cerita aku kali ini, terima kasih kerana sudi mambaca.
Assalamualaikum...

Tuesday, 9 October 2012

Apa yang aku buat ni ???

Assalamualaikum...
Lama tak update blog ni, bukan hanya tak update, buka pun tak. Sudah bersawang blog ni. Hehe, back to the title, 'Apa yang aku buat ni ???' bunyinya macam menyesal, ya memang, sikit la. Nak tahu ke? Mestilah nak tahukan. Tak apa, jangan risau, bagi aku siapkan pendahuluan ni ye. Okay sudah siap, jom baca cerita di sebalik 5 perkataan ni.
Sekarang ni tingkatan 4 sedang menduduki peperiksaan akhir tahun, tingkatan 3 pula PMR. Kita abaikan PMR, sebab tak ada kaitan dengan cerita aku ni. Peperiksaan akhir tahun ni lah yg ada kaitan dengan cerita aku kali ni. Hari semalam aku periksa Bahasa Melayu kertas 1  & 2 sahaja. Hari ini pula Bahasa Inggeris kertas 1 & 2, dan Sejarah kertas 1. Cerita aku ni berlaku semasa aku sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris papaer 2.
Bahagian A soalan suruh aku buat report, yg ni bermasalah sikit bagi aku, tak apa abaikan, sebab tak ada kaitan. Yang ada kaitan ialah Bahagian B. Dalam bahagian ni ada 5 soalan dan dikehendaki menjawab 1 soalan saja. Aku jawab soalan nombor 1 iaitu 'A scene that you will never forget'. Banyak peristiwa yg aku tak boleh lupa tapi disebabkan ada perkataan 'A SCENE' which mean 'satu peristiwa'.
Bila aku baca saja soalan terus ada satu peristiwa yg muncul kat kepala otak aku ni. Bila idea tu muncul aku fikir banyak kali juga sama ada betul ke aku nak tulis pasal ni. Aku try cari idea lain tapi tak dapat, kalau ada  pun cerita yg pendek, aku tak mahu cerita pendek, aku nak cerita yg panjang. Bila aku tengok jam dalam hati aku terus mengelabah, tanpa berfikir dengan lebih panjang lagi aku terus buat karangan yg mula-mula muncul dalam otak aku. Karangan yg aku tulis tu merupakan kisah benar.
Ianya ada kaitan dengan jam kesayanga aku yg berjenama Edwin, ianya merupakan jam digital. Dan ada kaitan juga dengan seorang sahabat perempuan aku. Ehh, pembetulan, dulu sahabat sekarang tak dah. Aku tulis dalam karangan tu yg aku tak boleh lupa tentang pengorbanan dia untuk mencari jam aku yg hilang sehingga dia demam sebab hujan pun dia tetap pergi cari. Bila dia jumpa saja jam aku tu, dia dapati jam aku mati, mungkin sebab terkena hujan yg lebat. Alamak hati aku sudah cairlah pula.
Bila aku hantar saja kertas tu hati aku banyak kali bertanya, betul ke aku tulis karangan macam tu, atau ianya hanyalah mimpi, tapi macam tak pula, rasa menyesal pun adalah sikit. Tapi apa pun aku harap dengan karangan aku tulis tu, aku dapat markah yg tinggi. Mungkin cikgu akan menyangka bahawa ianya hanyalah rekaan, tapi yg sebenarnya ianya ada kisah benar. Asal tetibe aku rasa sedih pula ni !!!
Apa yg aku tulis dalam blog ni hanyalah sedikit saja, nak tahu lebih lanjut bacalah karangan aku tu nanti. Tapi maaflah, aku tak mahu masukkannya ke dalam blog atau pun facebook. Dan yg pastinya sekarang ni aku sedih tengok jam Edwin aku tu sebab tali putus. Wahai jam Edwin ku, kaulah jam yg paling aku sayang dan kaulah jam yg paling bertahan lama dari jam yg pernah aku miliki sebelum ni. Sayang kau sangat-sangat.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca.
Assalamualaikum...

Tuesday, 18 September 2012

Mengantuk :(

Assalamualaikum...
Yang sebenarnya aku tak ada topik nak cerita tapi disebabkan aku tak sedap hati sebab jarang berblog beberapa hari ni, aku pun bercadang nak ceritakan apa yg berlaku dengan aku pada hari ini. Mengantuk, well, ada orang suka mengantuk dan ada yg tak. Bagi aku, aku tak berapa minat dengan mengatuk tapi waktu malam memang suka.
Hari semalam aku punyalah seronok main game counter strike sehingga lupa pukul berapa. Aku sedar pun sebab tiba-tiba aku rasa mengantuk. Maklumlah, aku ni pantang sikit bila jumpa game perang, memang favourite aku. Aku ada amalkan satu prinsip bila main game perang ni. Nak tahu apa? Prinsip yg aku gunakan ialah 'REDAH JE, MATI TAK MATI LAIN CERITA'.
Kesimpulannya, aku sedar dari main game counter strike tu pukul 11.30 malam. Nasib baiklah baju sekolah aku sudah gosok around pukul 8 gitu. Sudah baring atas katil pun masih fikir counter strike, dan nasib baik aku sudah mengantuk sangat kalau tak, tak tahulah pukul berapa aku tidur.
Baiklah, di sekolah pula, aku sangatlah mengantuk. Ameera yg duduk di sebelah aku pun, aku tak tegur sehinggalah Anati minta nak buat kertas Biology, itu pun cakap sikit saja. Walaupun aku mengantuk, aku tak dapat nak tidur. Inilah masalah aku sejak dari dulu lagi, kalau bukan waktu malam, memang susah nak tidur, mengantuk pun memang susah. Tapi kalau malam memang tak boleh nak tahan.
Aku ada satu benda pelik yg akan berlaku bila aku mengantuk, I mean sangat-sangat mengatuk, iaitu, suara jadi besar. Suara aku ni sudahlah besar, makin besar jadinya, sampaikan ada yg tak faham apa yg aku cakap.
Kesimpulannya lagi, di sekolah memang aku tak dapat nak tidur walaupun aku mengantuk.
Baiklah, saya berhenti di sini sebab tak sabar nak menonton drama bersiri 'Bukan Bidadari', walaupun ianya lagi 10 minit. Terima kasih kepada yg sudi membaca, harap terhibur.
Assalamualaikum...

Friday, 14 September 2012

Ditipu

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak menceritakan kisah yg melucukan tapi bagi aku ianya sangat menyakitkan hati dan lucu jugalah. Hari ini di sekolah ada belajar subjek Pendidikan Islam, Biologi, Bahasa Inggeris dan Prinsip Akaun. Subjek Prinsip Akaun selepas rehat dan guru yg mengajar ialah cikgu Lee Bee Leng, mak Ng Shao Min. Kelas aku dinamakan sebagai kelas 4 Clever, kelas ketiga dari sepuluh kelas dan merupakan kelas sains tulen.
Hehehe, nama kelas Clever, kelas ketiga dan kelas sains tulen, mesti bijak, mungkin ini yg korang akan fikir. Walaupun aku duduk di dalam kelas sains tulen tapi tak semestinya bijak dan yg bodoh tidak semestinya bodoh. Kadang-kadang yg bijak ni boleh jadi bodoh contohnya apa yg cikgu Lee Bee Leng buat pada kelas aku hari ini. Nak tahu apa yg dia buat? Jom baca 20 soalan di bawah ini.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HWA LIAN
28400 MENTAKAB PAHANG

UJIAN KECEKAPAN, KELAJUAN DAN KEPANDAIAN
AMARAN : BACA SEMUA ARAHAN SEBELUM MELAKUKAN ARAHAN YANG DIBERI. TULISKAN JAWAPAN ANDA DI BAWAH SETIAP SOALAN. PERBINCANGAN TIDAK DI BENARKAN.
ARAHAN
1. Selesaikan soalan Matematik ini   3+55X55+3
2. Cari nilai bagi (777+888)2+99 dan tuliskan jawapan anda dalam perkataan
3. Namakan sungai terpendek di Pahang
4. Nyatakan bukit yang tertinggi di Mentakab
5. Namakan ahli parlimen Temerloh
6. Tuliskan tujuh warna pelangi
7. Apakah hasil warna apabila mencampurkan warna biru dan kelabu
8. Lukiskan satu bulatan di sudut kiri kertas ini
9. Namakan guru yang paling anda sayangi di Hwa Lian
10. Berapakah bilangan ahli kumpulan SNSD
11. Betulkan kesalahan ejaan dalam ayat di bawah
      Jangan gangggu saya sermassa sya tegah tidur did lm kellas
12. Nyatakan nama penuh Pengetua SMK Hwa Lian
13. Koyakkan satu lubang di kertas ini
14. Tepuk tangan tiga kali dengan sekuat-kuatnya
15. Tahniah, anda telah berjaya, tuliskan nama anda di papan tulis dengan segera
16. Anda hanya perlu melakukan arahan 17 dan 18 sahaja
17. Tuliskan nama anda di bawah arahan ke 20
18. Tuliskan tarikh lahir anda selepas nama anda
19. Syabas anda telah berjaya
20. Siapakah orang yang paling bodoh di kelas ini

Semasa cikgu Lee Bee Leng nak edarkan kertas ini, dia cakap ianya ujian dari badan kaunseling. Kami satu kelas pun percaya bulat-bulat. Dapat kertas tu terus riuh. Ramai yg baca perkataan AMARAN tu sebagai ARAHAN. Dalam amaran tu kata jangan berbincang tapi kami berbincang juga. Kita orang pun berialah mencari jawapan, memang kecohlah satu kelas tu. Soalan yg ke 15 tu cikgu tulis nombor 1 hingga 10 di papan tulis. Hanya 8 orang sahaja yg menulis nama mereka. Nama yg paling atas sekali ialah orang yg paling bodoh, kononya paling bodohlah.
Lepas tu ada seorang budak lelaki yg bernama Samuel Yong, dia cakap kuat-kuat "cikgu yg buat soalan". Cikgu pun mengaku sajalah. Masa tu kita orang rasa macam nak bunuh saja cikgu Lee Bee Leng ni. Masa kita orang menjawab soalan tu, dia senyum dan gelak macam orang gila pun ada. Seorang lagi budak lelaki yg bernama Tan Tein Ren, dia cakap dengan cikgu bagi kelas 4 Advance pula, iatu kelas pertama. Aku adalah juga terfikir, kalau ianya dari badan kaunseling mesti ada pengumuman atau kawan-kawan akan bagi tahu.
Tapi walaupun cikgu Lee Bee Leng kenakan kita orang, ada sebabnya kenapa dia berbuat begitu. Tujuannya ialah, semasa peperiksaan, kita hendaklah membaca arahan dulu, jangan terus nak jawab soalan. Kalau terus jawab soalan, inilah padahnya. Nampak tak, walaupun bijak, kadang-kadang kita boleh jadi bodoh dan yg bodoh, kadang-kadang boleh jadi bijak.
Baiklah, sampai di sini saja cerita aku kali ini, terima kasih kerana sudi membaca dan yg ketawa.
Assalamualaikum...

Saturday, 8 September 2012

RIMUP Hari Raya & Merdeka 2012...

Assalamualaikum...
Sudah lama tak update blog ni. Tak update sebab tak ada idea padahal busy. Korang nampak tak tajuk post aku ni, RIMUP Hari Raya & Merdeka 2012, apa ni? Hehe. Sebenarnya aku tak tahu apa maksud RIMUP tapi yg aku tahu ianya lebih kurang macam 1 Malaysia lah.
Hari ini iaitu hari Sabtu ada sekolah ganti hari raya. Malam Sabtu tu, I mean Jumaat malam, sebelum tidur tu aku berdoa, aku minta 2 benda dari Allah. Pertama, aku harap aku dapat bawa camera kakak aku. Camera tu besar dan sangat bahaya sebab mesti ramai yg menginiginkannya. Kedua, aku harap Ng Shao Min (nama dia lagi) datang pada hari Sabtu tu dan dia lepas rambut dia. Alhamdulillah, kedua-dua doa aku dimakbulkan.
Pagi tu, macam biasalah guru kelas nak ambil kedatangan. Lepas tu aku, Muba dan Meera keluar dari kelas, kita orang pergi ke taman, macam biasa lepak. Ada lah beberapa gambar yg kita orang ambil bukan beberapa tapi 253 gambar. Nak tengok ke gambar tu, jom.






Tengoklah gambar-gambar ni, tak ada pun gambar aku. Nak tahu sebab apa. Sebab, camera kakak aku tu mahal dan bahaya, jadi lebih baiklah aku tak ada dalam gambar daripada camera tu rosak. Kalau rosak, aku yg bertanggungjawab, bukan kawan-kawan aku. Dalam hati aku, tak pedulilah sama ada kawan aku tu pernah guna atau memiliki camera yg lebih kurang dengan kakak aku, aku tetap tak akan bagi dia orang guna. Sebenarnya gambar aku ada dalam camera Meera, tapi itu pun tak banyak macamlah aku kisah banyak ke sikit.
Lepas tu kita orang masuklah dewan ada persembahan. Jom layan gambar lagi.
 Persembahan dari pancaragam
 Tarian tradisional melayu. Nur Anati Zafirah juga turut terlibat dalam tarian ni.
 Persembahan che ling lebih kurang macam yoyo lah...
 Tarian india..
 Drama dari badan pengawas.
 Badan pengawas sedang menyanyikan lagu selamat hari raya.
 Tarian Sumazau dari Sabah. One of my friend terlibat, namanya Elvyianah Victoria Ajos, yg pakai baju warna putih di belakang sekali.
 Tarian cina. Kawan aku yg bernama Yow Kar Yee dan Alyssa Auh terlibat dalam tarian cina ini.
 Fashion show
 Gendang 24 Musim...
 Tarian singa...
Ni tarian oppa gangnam style...

Alamak panjang sudah post aku ni. Tanpa melengahkan masa, aku nak tunjuk pada korang gambar yg paling aku suka. Layanlah...
 Tengoklah wajah ceria aku. Tak sangka dapat bergambar dgn dia.


 Dia peluk aku, aku peluk dia, tapi tangan aku tak nampak sebab tangan aku pendek dan aku sengan nak letak tangan aku di bahu dia.
Aku tak tahulah apa yg Nur Anati Zafirah ni cakap dgn Shao Min ni. Aku baru saja cakap yg aku nampak Shao Min, terus dia pergi kat Shao Min. By the way, thanks...

Baiklah, sampai di sini sahaja cerita aku kali ini. Terima kasih kepada yg sudi membaca dan aku nak korang tahu yg aku happy sangat hari ini. Tak ada pun yg membuat aku sedih or bengang.
Assalamualaikum...